Harian Metro

Lontaran otai sukar dicabar

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

Kuala Lumpur: Banjuri Ladis

(gambar) pernah menang lima pingat emas dalam acara pecut sebelum bertukar kepada acara padang.

Dan selepas mengalami kemarau pingat dalam tiga temasya sebelum ini, dia akhir memecahkan badi itu semalam.

Banjuri ‘membakar trek’ di Manila 2005 dengan memenangi acara 100, 200, 400, 4x100 dan 4x400 meter.

Tetapi usia dan kesakitan di kedua-dua kakinya mula memberi kesan kepada dirinya, namun pada 43 tahun, dia masih berupaya membanggak­an negara.

Lontaranny­a dalam acara F35 untuk jarak 7.51m membolehka­n pingat emas dikalungka­n di lehernya.

Acara F35 adalah untuk atlet yang mengalami gabungan kecacatan seperti hyper tonia, ataxia dan athetosis. Ini termasuk mereka yang mengalami cerebral palsy.

Selepas merasai semula nikmat kejayaan, dia bertekad mahu berlatih lebih keras dalam acara lontar peluru untuk penampilan terakhirny­a di Filipina 2009.

“Saya pelari pecut sebelum ini dan Manila memberikan banyak kenangan manis untuk saya.

“Bagaimanap­un selepas Manila, kaki saya mula perlahan dan faktor usia juga semakin memberi kesan, jadi saya beralih kepada acara padang (lontar peluru, cakera dan lembing).

“Tapi saya gagal menang sebarang pingat dalam tiga temasya sebelum ini, namun akhirnya menang emas di Kuala Lumpur.

“Sekarang saya mahu beraksi di Manila kerana mahu menamatkan cabaran di tempat saya bermula,” katanya yang masih mempunyai acara lempar cakera dan baling lembing untuk diharungi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia