Harian Metro

Najib dominasi velodrom, buru pingat keempat

-

Putrajaya: Altet paracyclin­g negara, Mohd Najib Turano kini membara untuk memastikan emas keempat selepas meraih kilauan pingat ketiga menerusi ujian masa individu lelaki (C4) semalam.

Najib yang sudah meraih dua emas dalam acara trek beberapa hari lalu, memastikan koleksi peribadi ketiga dengan catatan 17 minit 56.306 saat pada saingan sejauh 12.3 kilometer itu.

Perak diraih Muhammad Fadli Imammuddin (18.16:930s) dari Indonesia manakala pelumba Filipina Godfrey Ezperanzat­e Taberna (18.47:586s) gangsa.

Mengulas kejayaan emas ketiganya, Najib menjelaska­n dia hanya memberikan fokus dan tumpuan penuh terhadap tanggungja­wab diberikan.

“Ini antara acara yang menjadi sasaran negara, jadi saya tidak boleh gagal. Saya memberikan semuanya untuk kejayaan ini,” katanya.

Tambahnya, dia akan melakukan perancanga­n terbaik bagi acara lepas beramai-ramai yang merangkumi jarak sejauh 49.2 kilometer.

“Pada saya, peluang semua pelumba seimbang, jadi bergantung kepada strategi dan situasi perlumbaan,” jelasnya.

Najib memenangi satu kilometer ujian masa dan empat kilometer kejar-mengejar di Velodrom Nasional Malaysia pada Sabtu dan Ahad lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia