Harian Metro

‘PORT’ DAJAL

10,000 penagih ditahan AADK dalam 6 bulan tahun ini

- lapor Nurul Hidayah Bahaudin dan Mohd Wahyuddin Jamil Khair

> Serbuan demi serbuan dilakukan pihak berkuasa, namun bilangan ‘port’ atau sarang penagih dadah tidak berkuranga­n, malah kian meningkat. Lebih merisaukan, sebahagian penagih baru adalah remaja termasuk kanakkanak seawal usia 11 tahun. Penagihan dadah mempunyai kaitan langsung dengan peningkata­n kadar jenayah, malah tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h turut dikaitkan dengan gejala dadah,

Sebanyak 178 lokasi panas dikenal pasti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sebagai sarang penagih dadah di seluruh negara termasuk 10 daripadany­a terletak di ibu kota dengan sebahagian besar daripadany­a adalah remaja dan kanak-kanak seawal usia 11 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Kesedaran Awam AADK Hafiza Mohd @ Maasom berkata, lokasi panas itu dikenal pasti sebagai tempat menagih dadah berdasarka­n jumlah tangkapan yang tinggi di kawasan berkenaan.

Katanya, walaupun kerap diserbu, lokasi berkenaan masih menjadi tumpuan penagih untuk menagih dadah kerana terletak di kawasan tersembuny­i dan terlindung daripada pandangan pihak berkuasa.

“Di ibu kota ini, kami mengenal pasti 10 lokasi panas yang dijadikan tempat menagih dadah iaitu di Jinjang, Setapak, Wangsa Maju, Sentul, Cheras, Sungai Besi, Salak Selatan, Pantai Dalam, Petaling dan Dang Wangi.

“Kami kerap membuat serbuan secara berkala di lokasi ini, namun mereka akan muncul semula dengan modus operandi yang baru bagi mengeliruk­an pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hafiza berkata, pihaknya menahan lebih 10,000 penagih di seluruh negara dan 193 daripadany­a adalah remaja berusia 13 hingga 18 tahun bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

“Daripada jumlah keseluruha­n tangkapan membabitka­n golongan itu, 193 remaja adalah penagih baru, manakala selebihnya adalah penagih tegar yang mengakui berjinak-jinak dengan dadah seawal usia 11 tahun.

“Kebanyakan daripada mereka yang ditahan adalah pelajar tercicir dan datang daripada keluarga bermasalah iaitu ibu bapa bercerai, sekali gus mendorong mereka menagih dadah bagi menghilang­kan tekanan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat tiga faktor utama dikenal pasti sebagai punca yang mendorong remaja menagih dadah iaitu pengaruh rakan, perasaan ingin tahu dan keseronoka­n.

“Pada usia muda ini, rakan adalah individu paling rapat dalam hidup remaja yang menyebabka­n ramai di antara mereka mudah terpengaru­h dengan ajakan selain mahu mencari keseronoka­n,” katanya.

Katanya, kebanyakan remaja memilih dadah sintetik seperti syabu berbanding dadah tradisiona­l kerana mahu mencapai kesan khayal lebih cepat dan memberi tenaga luar biasa.

“Namun, tidak dinafikan, ada di antara remaja yang berjinak-jinak dengan dadah tradisiona­l seperti ganja sebelum beralih kepada dadah sintetik walaupun harganya jauh lebih mahal,” katanya.

Hafiza berkata, ada di antara remaja memilih menjadi pengedar kecil-kecilan semata-mata mahu mendapatka­n bekalan dadah memandangk­an mereka tidak bekerja tetap dan berasal daripada keluarga miskin.

“Mereka sanggup menghabisk­an wang yang diperoleh sama ada ‘duit poket’ diberikan ibu bapa atau gaji daripada kerja sambilan dilakukan untuk membeli dadah,” katanya.

Ramai di antara mereka mudah terpengaru­h ajakan selain mencari keseronoka­n” Hafiza

Kebanyakan daripada mereka yang ditahan adalah pelajar tercicir dan datang daripada keluarga bermasalah, sekali gus mendorong mereka menagih dadah bagi menghilang­kan tekanan” Hafiza

 ??  ?? Semakin ramairemaj­a, kanak-kanak terjebak
dadah
Semakin ramairemaj­a, kanak-kanak terjebak dadah
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia