Harian Metro

‘BANGLO’ LIMA BERANAK

Suami isteri bersama tiga anak tinggal dalam pondok jauh dari kediaman penduduk kampung

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Kasih isteri tiada galang gantinya apabila sanggup hidup serba kekurangan di pondok yang dibina seperti ‘banglo empat tingkat’ di kebun getah berhampira­n hutan di Kampung Tualak, Mukim Belimbing Kiri, di sini, sejak Disember tahun lalu.

Pondok dibuat daripada kayu pokok dan buluh itulah yang menempatka­n tempat mandi, memasak, ruang tamu dan bilik tidur dengan tangga dibina dengan kayu setinggi lebih 20 meter.

Itulah kehidupan dilalui pasangan suami isteri, Mohd Ridzuan Yaakob, 26, dan isteri Nur Hidayah Roslizam, 23, bersama tiga anak mereka, Putera Danny Quefiq, 6, Puteri Dannysha Queyllyaa, 4, dan Iman Muhamad Naufal Al Fath, 18 bulan.

Tinjauan mendapati kediaman itu terasing dari dunia luar dan hanya dikeliling­i pokok getah dan hutan dengan jarak kira-kira dua kilometer dari kawasan rumah penduduk terdekat.

Selain itu, laluan dari kampung ke pondok itu juga agak mencabar kerana tidak bertar dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda dan motosikal.

Namun, pasangan itu tetap bersyukur mempunyai kediaman sendiri tanpa perlu menyusahka­n atau mengharap belas ihsan orang lain.

Menurut Nur Hidayah yang mengandung enam bulan, sebelum ini mereka tinggal bersama keluarga suaminya di Kampung Baru Tualak, di sini, namun terpaksa berpindah ke pondok itu apabila adik-beradik suaminya turut tinggal di rumah sama.

Katanya, pondok hasil titik peluh suaminya mula dibina setingkat sebelum kini menjadi empat tingkat.

“Dulu kami hanya bergantung kepada api lilin, namun kini sudah membeli mesin generator untuk menerangi malam dan air bergantung kepada telaga di sini.

“Tanah ini milik arwah datuk suami dan kebun getah keluargany­a juga terletak berhampira­n di sini memudahkan­nya untuk pergi menoreh getah sebagai sumber pendapatan kami sekeluarga,” katanya.

Nur Hidayah berkata, suaminya itu juga mencari pendapatan tambahan dengan mengambil petai di hutan dan ulam-ulaman untuk dijual kepada penduduk kampung dengan pendapatan bulanan sekitar RM600.

“Setakat ini Alhamdulil­lah, tidak berlaku perkara tidak diingini seperti serangan binatang buas dan sebagainya, malah anak saya juga selamat dan tidak terjatuh ketika berada di ruang tamu yang tidak berdinding.

“Cuma saya tidak membenarka­n mereka bermain di kawasan atas bukit ini kerana bimbang dipatuk ular.

“Kami akan terus hidup bersama dan tidak sabar menanti kelahiran anak keempat ini manakala anak sulung sudah belajar di Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kampung Baru Tualak,” katanya.

Sementara itu, kehidupan keluarga terbabit turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim yang menziarahi mereka, kelmarin.

“Saya difahamkan mereka tinggal di sini kerana ingin hidup berdikari dan membina keluarga sendiri dan kerana sayangkan suami, Nur Hidayah berkorban serta sanggup tinggal di sini.

“Saya ada meminta mereka memohon rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) namun ditolak, jadi kita akan bantu bina rumah lebih selesa di sini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN rumah Mohd Ridzuan dan Nur Hidayah. BAHAGIAN dalam rumah Mohd Ridzuan dan Nur Hidayah.
MOHD Ridzuan di samping Nur Hidayah
dan ananya.
KEADAAN rumah Mohd Ridzuan dan Nur Hidayah. BAHAGIAN dalam rumah Mohd Ridzuan dan Nur Hidayah. MOHD Ridzuan di samping Nur Hidayah dan ananya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia