Harian Metro

SURAU TERASA SUNYI

Imam madrasah terbayang kelibat anak tahfiz ketika solat

- Mohd Azam Shah Yaacob, Kalidevi Mogan Kumarappa, Hafidzul Hilmi Mohd Nor, Norizuan Shamsuddin, Asrizal Aris am@hmetro.com.my

“Jika dulu anak-anak tahfiz inilah yang mengimarah­kan madrasah di sini. Tetapi kini suasana cukup berbeza lebih-lebih lagi pada waktu solat Subuh. Terasa sunyi dan tidak lengkap,” luah Imam Madrasah Ittifaqiya­h, Ustaz Sulaiman Amin.

Sulaiman yang menjadi imam di madrasah itu sejak lebih setahun lalu mengakui sebelum ini kebanyakan saf dipenuhi anak-anak tahfiz yang hadir bersolat secara berjemaah bersama penduduk.

“Sebelum kejadian, memang merekalah jemaah setia di sini setiap waktu solat.

“Waktu mereka ada, hampir tiga saf dipenuhi mereka. Tetapi kini hanya satu saf dipenuhi makmum ketika solat,” katanya.

Dia memberitah­u terbayang kehadiran susuk anak-anak tahfiz berpakaian jubah dan serban putih setiap kali sebelum mengimamka­n solat.

“Setiap kali sebelum solat, saya akan toleh ke belakang untuk memastikan jemaah sudah sedia. Waktu itu, kelihatan anak-anak tahfiz itu yang berpakaian kurta putih.

“Tapi sekarang kelibat jemaah berjubah putih ini sudah tiada. Sepanjang tempoh tujuh hari selepas kejadian kebakaran, saya masih terbayangk­an kewujudan mereka walaupun kebanyakan­nya sudah kembali ke ramatullah,” katanya yang mengakui sedih.

Sulaiman berkata, kenangan paling tidak dilupakan bersama anak-anak tahfiz terbabit apabila mereka memintanya membaca surah tertentu ketika solat.

“Dalam waktu tertentu, ada beberapa anak-anak tahfiz berkenaan meminta saya membaca surah tertentu terutama apabila solat berjemaah waktu malam.

“Mereka minta saya membaca dengan kuat dan secara berlagu (bertaranum) kerana mahu menghayati surah itu, tapi sekarang sudah tiada lagi permintaan sedemikian,” katanya yang mengakui rindu melihat kehadiran anak tahfiz berjemaah di madrasah itu.

 ??  ??
 ??  ?? MADRASAH di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h.
MADRASAH di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia