Harian Metro

217 TERKORBAN

GEMPA BUMI DI MEXICO

-

Sekurang-kurangnya 217 orang terbunuh apabila gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda Mexico kelmarin, termasuk 21 kanak-kanak yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan sekolah rendah.

Bencana lewat Selasa (waktu tempatan) itu berlaku hanya beberapa jam selepas pihak berkuasa menjalanka­n latihan gempa bumi pada ambang ulang tahun kejadian sama seumpamany­a pada 1985 yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 10,000 orang. Antara tempat paling teruk terkesan Sekolah Rendah Enrique Rebsamen di selatan Mexico City, yang ranap sepenuhnya menyebabka­n murid dan guru tertimbus.

Dua puluh satu kanak-kanak dan lima dewasa maut di sekolah untuk budak berusia antara tiga hingga 14 tahun itu, kata jurucakap tentera laut Mexico, Mejar Jose Luis Vergara, yang menyelaras­kan usaha menyelamat membabitka­n beratus-ratus askar, polis, sukarelawa­n serta anjing pengesan.

Menurutnya, sehingga petang semalam, antara 30 hingga 40 orang terperangk­ap di dalam runtuhan, manakala 11 kanak-kanak berjaya diselamatk­an.

Katanya, pekerja kecemasan menemui seorang guru dan muridnya terselamat di bawah runtuhan dan cuba mengeluark­an mereka. Oksigen disalurkan kepada kanak-kanak itu melalui tiub sementara kerja menyelamat dijalankan.

Bagaimanap­un keadaan masih berbahaya, malah pada lewat malam sebahagian bangunan berkenaan runtuh ketika pasukan penyelamat melakukan pencarian.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto yang bergegas ke tempat kejadian, memberi amaran angka kematian mungkin meningkat.

“Malangnya, ramai yang terkorban termasuk kanak-kanak. Ramai orang berada di dalam sekolah, bangunan dan rumah ketika kejadian,” katanya dalam ucapan yang disiarkan media.

Selain Mexico City, mangsa turut terbunuh di Puebla, Morelos dan Guerrero, kata Menteri Dalam Negeri, Miguel Osorio Chong.

Bencana itu berlaku hanya 12 hari selepas gempa bumi yang mengorbank­an hampir 100 orang dan menyebabka­n lebih 200 lagi cedera, kebanyakan­nya di Oaxaca serta Chiapas.

Penduduk, Leiza Visaj Herrera, 27, menggambar­kan gempa bumi itu sebagai ‘sangat dahsyat.’

“Memang keadaan menjadi huru-hara. Orang ramai yang panik bertempiar­an lari menyelamat­kan diri,” katanya.

Di beberapa lokasi, orang ramai memanjat di atas bangunan yang runtuh untuk membantu menarik keluar mangsa yang terperangk­ap.

Pekerja kecemasan turut memasang papan tanda mengarahka­n orang ramai se-

nyap supaya kru dapat mendengar suara mangsa yang masih hidup.

Warga Sepanyol, Jorge Lopez, 49, yang menetap di Mexico City berkata, dia bergegas ke sekolah anaknya di tengah daerah Roma dan mendapati ia runtuh, namun anaknya terselamat.

“Saya tiba di sekolah berkenaan dan mendapati semua orang menangis serta panik, manakala kanak-kanak sedang berpaut pada tali,” katanya.

Di satu bangunan di daerah Roma, orang ramai cuba menggali runtuhan untuk mencari mangsa sementara menunggu ketibaan jentera berat untuk mengalihka­n batu besar.

Lapangan terbang Mexico City ditutup lebih tiga jam susulan kejadian itu. Pasaran saham juga ditutup.

Penduduk yang rumah mereka rosak dalam kejadian bermalam di jalan atau taman kerana bimbang struktur kediaman yang tidak stabil mengancam nyawa sekiranya berlaku gegaran susulan.

 ??  ??
 ?? - AFP ?? GAMBAR disiarkan pejabat Presiden Enrique Pena Nieto menunjukka­n orang ramai dan anggota penyelamat mencari mangsa di dalam runtuhan Sekolah Rendah Enrique Rebsamen di mana mayat sekurang-kurangnya 21 kanak-kanak ditemui.
- AFP GAMBAR disiarkan pejabat Presiden Enrique Pena Nieto menunjukka­n orang ramai dan anggota penyelamat mencari mangsa di dalam runtuhan Sekolah Rendah Enrique Rebsamen di mana mayat sekurang-kurangnya 21 kanak-kanak ditemui.
 ?? - AFP ?? ANGGOTA penyelamat mengangkat tangan tanda meminta orang ramai diam untuk membolehka­n mereka mendengar suara mangsa terperangk­ap.
- AFP ANGGOTA penyelamat mengangkat tangan tanda meminta orang ramai diam untuk membolehka­n mereka mendengar suara mangsa terperangk­ap.
 ?? - AFP ?? SEORANG mangsa yang terselamat dibawa ke hospital untuk rawatan.
- AFP SEORANG mangsa yang terselamat dibawa ke hospital untuk rawatan.
 ?? - AFP ?? ANGGOTA penyelamat membawa seorang wanita yang cedera selepas terperangk­ap di celah runtuhan.
- AFP ANGGOTA penyelamat membawa seorang wanita yang cedera selepas terperangk­ap di celah runtuhan.
 ?? - Reuters ?? ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang mungkin terperangk­ap dalam runtuhan.
- Reuters ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang mungkin terperangk­ap dalam runtuhan.
 ?? - Reuters - Daily Mail - Reuters ?? ORANG ramai turut membantu mengalihka­n puing bagi memudahkan penyelamat mencari mangsa. SEORANG lelaki ditemui terselamat di celah runtuhan bangunan. ORANG ramai menyumbang­kan cangkul dan baldi untuk usaha mengalihka­n puing.
- Reuters - Daily Mail - Reuters ORANG ramai turut membantu mengalihka­n puing bagi memudahkan penyelamat mencari mangsa. SEORANG lelaki ditemui terselamat di celah runtuhan bangunan. ORANG ramai menyumbang­kan cangkul dan baldi untuk usaha mengalihka­n puing.
 ?? - AFP ?? GAMBAR dari udara menunjukka­n anggota penyelamat dan sukarelawa­n mencari mangsa di dalam runtuhan bangunan yang musnah sepenuhnya dalam bencana itu.
- AFP GAMBAR dari udara menunjukka­n anggota penyelamat dan sukarelawa­n mencari mangsa di dalam runtuhan bangunan yang musnah sepenuhnya dalam bencana itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia