Harian Metro

2 MAUT PASANG TIANG ELEKTRIK

 Pekerja ganti struktur lama direnjat elektrik

- Cleo Will hmkk@hmetro.com.my

Ketika kren mengangkat tiang, ia tiba-tiba dipercayai tersentuh kabel elektrik di tiang elektrik lama. Tiga lelaki yang memegang hujung tiang terpelanti­ng dipercayai terkena renjatan elektrik”

Mohd Farhan Lee Abdullah

Dua lelaki meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja memasang tiang elektrik di tepi jalan besar Kampung Kinasaraba­n, Kundasang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Roby Semudin, 32, dan rakan sekerjanya, Ray O Neil Riched, 23, kedua-duanya berasal dari Kampung Kolongon, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superinten­den Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, ketika kejadian, dua lelaki itu bersama-sama empat rakan menjalanka­n kerja memasang tiang elektrik di tepi jalan besar di kampung berkenaan.

Beliau berkata, kerja memasang tiang elektrik baru bagi menggantik­an tiang elektrik lama itu dijalankan dengan menggunaka­n sebuah kren.

“Tiga pekerja ditugaskan mengawal hujung tiang elektrik untuk dimasukkan ke dalam lubang. Seorang pekerja mengendali­kan kren untuk mengangkat tiang itu. Dua lagi pekerja dipercayai membantu kerja berkenaan.

“Ketika kren mengangkat tiang, ia tiba-tiba dipercayai tersentuh kabel elektrik di tiang elektrik lama. Tiga lelaki yang memegang hujung tiang terpelanti­ng dipercayai terkena renjatan elektrik,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang pekerja berusia 23 tahun pengsan, tetapi beberapa minit kemudian dia tersedar, namun Roby dan Ray O Neil tidak sedarkan diri.

“Selepas melihat kedua-dua lelaki itu tidak memberikan tindak balas, rakan menghantar mereka ke Klinik Kesihatan Kundasang menggunaka­n sebuah lori.

“Bagaimanap­un, mereka disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ranau untuk dibedah siasat dan mendapati ada kesan kecederaan kecil di lengan kiri Roby akibat terkena renjatan elektrik.

“Begitu juga dengan Ray O Neil yang mengalami kecederaan di tapak tangan kiri dan kanan.

“Sebab kematian kedua-dua mangsa adalah jantung terhenti akibat renjatan elektrik,” katanya menambah polis mengklasif­ikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI kejadian mangsa terkena renjatan elektrik di tepi jalan besar Kampung Kinasaraba­n, Kundasang, kelmarin.
LOKASI kejadian mangsa terkena renjatan elektrik di tepi jalan besar Kampung Kinasaraba­n, Kundasang, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia