Harian Metro

Ridzuan demam denggi

-

Kuala Lumpur: Pemenang emas Paralimpik Rio Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, sah tidak akan menyertai sebarang acara kerana disyaki mengalami demam denggi, sejak Khamis lalu.

Pengurus pasukan olahraga Narrawi Abdullah berkata pihaknya terpaksa mengambil keputusan itu selepas mendapatka­n nasihat doktor Hospital Putrajaya dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Apabila tidak diturunkan dalam acara 100m lelaki T36 hari ini (semalam), maka secara automatik dia tidak akan bertanding dalam 400m (hari ini) dan 200m (esok),” katanya, semalam.

Terdahulu, Narrawi berkata Ridzuan mengalami demam sebelum disahkan demam denggi dan ditahan di wad Hospital Putrajaya sehingga Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia