Harian Metro

Selindung sebalik pintu besi

-

Sindiket perjudian di ibu negara dipercayai bertindak mengupah tukang besi untuk memasang pintu besi yang tebal dan berat di premis masing-masing bagi menyukarka­n pihak berkuasa ketika melakukan pemeriksaa­n.

Keadaan itu dikesan dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di empat lokasi iaitu Brickfield­s, Wangsa Maju, Dang Wangi dan Sentul, di sini.

Harian Metro yang menyertai operasi itu mendapati kakitangan DBKL terpaksa menggunaka­n alat pemotong besi untuk membolehka­n pasukan serbuan memasuki premis.

Tidak cukup dengan itu, kudrat tiga lelaki dewasa diperlukan untuk mengangkat pintu yang diperbuat daripada besi padu bagi membuka laluan utama ke premis yang berselindu­ng di sebalik kedai beg di Jalan Alor, Bukit Bintang.

Bagaimanap­un, sebaik memasuki premis itu mendapati semua penjaga dan pemainnya berjaya melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan Ops Dadu dilakukan sepasukan 60 anggota penguat kuasa daripada empat agensi itu memeriksa sebanyak 18 buah premis judi.

“Semua premis itu dipecah masuk dengan bantuan kakitangan DBKL dan seramai 16 orang membabitka­n sembilan penjaga premis, seorang pembantu kedai dan masing-masing tiga pemain dan penonton ditahan untuk siasatan,” katanya.

 ??  ?? OPERASI D7 di empat lokasi sekitar ibu kota banteras sindiket
perjudian.
OPERASI D7 di empat lokasi sekitar ibu kota banteras sindiket perjudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia