Harian Metro

REDA IMAN DIUJI

 Tiga mualaf cerita musibah, cabaran diterima selepas peluk Islam

-

“Sejak bergelar seorang Muslim enam tahun lalu, saya akui banyak ujian yang saya terima. Lepas satu, datang lagi satu.

“Bermula seawal menjadi saudara baru, saya dipulau keluarga yang dari mula menentang hasrat menjadi seorang Islam dan mahu saya kekal dalam agama asal,” kata Ismail, 42.

Bagaimanap­un, katanya demi agama, dia nekad untuk berubah dan menjadi soleh selain menganggap itu sebagai dugaan pertama selepas memilih berjuang di jalan Allah.

Menurutnya, selepas itu dia mendirikan rumah tangga dan dikurniaka­n seorang anak, menjadikan kehidupann­ya lebih bermakna dan dia berasakan itu adalah kebahagiaa­n sebenar sebagai seorang Islam.

“Nikmat itu tidak kekal lama apabila saya menghadapi masalah kewangan dan ia menjejaska­n keharmonia­n rumah tangga sehinggala­h isteri memohon cerai.

“Hampir gila saya dibuatnya kerana apa lagi yang ada dalam hidup saya. Memang saya tidak mampu lalui ujian ini dan terfikir mahu membunuh diri dan kembali kepada keluarga serta agama asal,” katanya ketika berkongsi kisahnya bersama sekretaria­t Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ismail berkata, pada mulanya dia seperti ingin meminta bantuan ahli keluarga, tetapi mengenangk­an reaksi kurang senang sebelum ini, dia memilih berdiam diri.

Katanya, dia berkongsi masalahnya itu bersama seorang rakannya yang juga ahli jawatankua­sa sebuah surau dan dari situ dia belajar menerima ketentuan takdir.

“Bayangkan sebelum ini hanya terbayangk­an mati sebagai jalan penyelesai­an. Tak fikir dah yang lain. Mujur terdetik untuk bersembang dengan rakan, mereka banyak memberi nasihat.

“Lama-kelamaan, saya sedar ini hanya sebahagian kecil ujian Allah kerana ada yang diuji lebih hebat seperti kehilangan ahli keluarga tetapi saya hanya berjauhan daripada anak.

“Kemudian saya berjumpa dengan seorang ustaz yang membantu saya memahami persoalan ajal, maut, jodoh dan pertemuan. Saya lebih faham dan akan terus istiqamah sambil berdoa supaya saya sentiasa dilindungi,” katanya.

Hampir gila saya dibuatnya kerana apa lagi yang ada dalam hidup saya” Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia