Harian Metro

HUTANG RM2 JUTA

-

ika ingin diikutkan perasaan, saya seolah-olah ingin keluar daripada Islam kerana pelbagai masalah termasuk beban hutang RM2 juta yang ditinggalk­an bekas suami.

“Namun, perkara yang menyekat saya berbuat demikian (meninggalk­an Islam) ialah kerana satu-satunya anak saya yang berusia sembilan tahun.

“Dia begitu berminat dengan Islam dan sering mendapat pujian guru-gurunya.”

Demikian luahan wanita mualaf yang mahu dikenali sebagai Anita, 44, berhubung dugaan yang terpaksa ditanggung­nya selepas memeluk Islam dengan mengahwini seorang lelaki.

Mahligai yang dibina bersama lelaki berkenaan musnah beberapa tahun lalu dan tambah memeritkan, Anita terpaksa menanggung hutang bekas suaminya berjumlah RM2 juta akibat perniagaan lelaki itu mengalami kerugian.

Kini, Anita hanya memberi fokus untuk membesarka­n anak tunggalnya itu dan berharap Allah terus memberinya kekuatan menempuh dugaan.

“Memang saya pernah terfikir untuk keluar daripada Islam kerana selepas memeluk agama ini, pelbagai dugaan ditempuh termasuk bebanan hutang.

“Jika saya tidak berfikir panjang, mungkin saya akan kembali kepada agama lama sedangkan anak saya sememangny­a lahir sebagai Islam.

“Anak ini adalah hasil perkongsia­n hidup saya dengan bekas suami,” katanya.

Menceritak­an lanjut kisah hidupnya, Anita berkata, pernah juga dia terfikir bahawa sikap bekas suaminya itu merosakkan persepsiny­a terhadap Islam.

“Bekas suami tidak pernah mengajar saya mengenai Islam apatah lagi solat. Itu yang membuatkan saya mempunyai gambaran buruk tentang Islam.

“Selepas menghadapi rumah tangga sehingga bercerai, atas nasihat rakan, saya mengikuti kelas khas untuk saudara baru dan sejak itu baru saya ketahui bahawa Islam adalah agama yang begitu indah.

“Cuma, ada sebilangan kecil yang mencemarka­n imej agama itu sehingga memberi gambaran buruk. Kini, saya memberi fokus kepada anak dan bertahan dalam Islam,” katanya.

Menurutnya, dia juga masih mengikuti kelas bimbingan itu kerana baginya terlalu banyak untuk dipelajari berhubung ibadat dalam Islam serta kewajipan sebagai seorang yang bergelar Muslimah.

Katanya, Islam adalah agama yang begitu indah dengan penerapan pelbagai nilai murni dan meninggika­n martabat wanita serta menjaga individu sepertinya.

“Setiap masa saya berdoa ditetapkan iman dalam

Islam bersama anak tunggal saya. Semoga saya terus diberi kekuatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia