Harian Metro

Musibah diberi tanda kasih Allah

-

Kuala Lumpur: “Apa-apa ujian yang Allah beri kepada kita pun tanda kasih-Nya sebab itu lebih baik diuji dalam bentuk musibah kerana mendekatka­n lagi akidah kita pada Allah berbanding kekayaan yang mungkin membuat kita lupa diri,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut.

Menurutnya, nabi juga tidak pernah sunyi daripada ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan dan tahap keimanan mereka apabila diberi ujian dalam bentuk musibah, penyakit dan sebagainya.

Jelasnya, ini dapat dilihat daripada kisah Nabi Ayub yang diuji penyakit kulit luar biasa, selain Nabi Adam, Nabi Noh dan banyak lagi kisah Nabi yang perlu menghadapi ujian Allah.

“Sebab itu, sejak zaman para nabi, hidup dengan ujian ini tidak boleh dipisahkan, tapi perlu ada kesabarann­ya sebab itu ada ulama mengatakan ujian atau sabar ini ada peringkat seperti sabar atas musibah penyakit dan masalah seperti kewangan.

“Kedua ialah ujian dalam kita beristiqam­ah dalam membuat perkara kebajikan serta melaksanak­an perintah Allah manakala ketiga ujian meninggalk­an maksiat serta larangan Allah,” katanya.

Menurut beliau, semua peringkat ujian itu ada nilai pahala sementara ada segelintir umat Islam lain diuji dengan kekayaan yang membuatkan mereka lupa diri sehingga terlupa sujud pada penciptany­a.

“Ini ada disebut di dalam al-Quran apabila Allah mengatakan Kami akan menguji kamu dengan kelaparan, ketakutan, kematian, kehilangan harta dan sebagainya.

“Sesungguhn­ya, orang yang bersyukur dengan setiap ujian itu martabatny­a tinggi di sisi Allah walaupun pada zahirnya kita tak nampak,” katanya.

Tambahnya, setiap ujian Allah seharusnya dipandang sebagai tanda sayang Sang Pencipta terhadap makhluk-Nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia