Harian Metro

GAZEBO ‘PANTAU’ BANJIR

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

Penduduk belanja RM10,000 bina struktur hadapi air pasang

Klang

“Saya ambil inisiatif sendiri membina gazebo ini selepas kawasan kampung kami ini dinaiki air pasang. Jika air naik lagi bolehlah saya dan jiran berteduh di sini buat sementara waktu,” kata salah seorang mangsa banjir susulan fenomena air pasang tahun lalu, Azmi Md Salleh.

Azmi, 49, dari Kampung Batu 4, Jalan Kapar dekat sini, berkata, kos untuk membina gazebo itu RM10,000 namun dia tidak kisah demi keselamata­n dan kebajikann­ya sekeluarga serta jiran.

“Saya bina sikit-sikit selepas kejadian air pasang tahun lalu dan berhabis RM10,000 namun saya tak kisah kerana ini juga untuk kesenangan penduduk di sini,” katanya.

Fenomena air pasang besar yang melanda kampung itu tahun lalu menyebabka­n penduduk mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkina­n.

Menurutnya, dalam kejadian air pasang tahun lalu kampungnya antara yang paling teruk terjejas berikutan ban di sungai berhampira­n pecah.

“Tahun lalu saya mengalami kerugian hampir RM30,000 disebabkan kejadian ini. Habis semua alatan pelamin untuk perniagaan, mesin basuh, peti sejuk, motosikal dan alat ganti kenderaan musnah.

“Dalam kejadian itu juga, lebih 50 ekor ayam dan anak ayam saya mati,” katanya.

Penduduk lain, Sehar

Abdul Manap, 70, berkata, dia dilanda kebimbanga­n hampir setiap hari berikutan rumahnya berhampira­n sungai selain usianya yang sudah lanjut.

“Tahun lalu saya mengalami kerugian

RM5,000 berikutan air masuk ke rumah hingga paras pinggang menyebabka­n banyak barangan saya rosak,” katanya.

Fenomena air pasang di Selangor dijangka berlaku dari 20 hingga 22 September, 6 hingga 9 Oktober, 4 hingga 7 November dan 4 hingga 5 Disember ini.

Ia membabitka­n beberapa daerah iaitu Klang meliputi Pengkalan Tok Muda, Batu 4 Jalan Kapar, Sementa, Pelabuhan Klang, Jalan Pandamaran Banting dan Taman Selat Damai.

Selain itu di Sabak Bernam kawasan berisiko adalah di Tebuk Mendeling, Sungai Ayer Tawar dan Sungai Panjang manakala di Kuala Selangor pula di Tanjung Karang, Kampung Kuantan, Pantai Remis dan pekan Sungai Buloh.

Paras tertinggi air laut berdasarka­n jadual air pasang surut laut yang dijangka dicatat sepanjang fenomena adalah 5.5 meter pada 5 November dan terendah adalah 0.4 meter pada 4 Disember ini.

 ?? Azmi ?? Saya bina sikit-sikit selepas kejadian air pasang tahun lalu dan berhabis RM10,000 namun saya tak kisah kerana untuk kesenangan penduduk di sini”
Azmi Saya bina sikit-sikit selepas kejadian air pasang tahun lalu dan berhabis RM10,000 namun saya tak kisah kerana untuk kesenangan penduduk di sini”
 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK membersihk­an kediaman selepas banjir kilat melanda.
PENDUDUK membersihk­an kediaman selepas banjir kilat melanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia