Harian Metro

‘Igauan buruk buat kami semua’

-

Kangar “Banjir kilat yang melanda kawasan Teluk Kumbar akan terus menjadi igauan buruk buat kami semua,” kata seorang penduduk, Fakri Bakar, 50, yang menjadi mangsa banjir sejak lebih 25 tahun lalu.

Menurutnya, tiada kesudahan dapat dilihat jika masalah banjir terus berlaku tanpa ada jalan penyelesai­an daripada pihak bertanggun­gjawab untuk membantu rakyat.

“Setiap kali hujan lebat, penduduk akan menjadi resah dan terpaksa memindahka­n barang berharga ke tempat yang selamat kerana air melimpah dengan cepat.

“Ini yang berlaku apabila masalah pembanguna­n tidak terkawal dan kita harap pihak bertanggun­gjawab dapat memikirkan jalan menyelesai­kan masalah ini dengan segera dan bukan hanya bersikap melepaskan batuk di tangga,” katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Nelayan, Zainal Osman,

47, berkata, banjir kilat kerap berlaku di kawasannya setiap kali hujan berterusan.

Menurutnya, ini kali kedua dalam tempoh seminggu banjir kilat melanda kampungnya hingga dia tidak sempat menyelamat­kan barang di dalam rumah.

“Dalam kejadian minggu lalu, air hanya naik sehingga paras betis namun kali ini mencapai paras pinggang.

“Sebelum ini, hujan lebat akan mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam namun kali ini tidak sampai sejam air sudah naik dengan cepat,” katanya.

Banjir kilat sejak jam 3 pagi kelmarin menyebabka­n 347 penduduk membabitka­n 89 keluarga terpaksa dipindahka­n atas sebab keselamata­n di pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Teluk Kumbar.

Bagaimanap­un semua penduduk yang ditempatka­n di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang sejak jam 11 pagi semalam selepas banjir surut.

 ??  ?? JALAN utama Tebing Tinggi, Bintong ditutup akibat banjir.
JALAN utama Tebing Tinggi, Bintong ditutup akibat banjir.
 ??  ?? FAKRI membersihk­an rumahnya selepas banjir kilat melanda di Kampung
Nelayan, Teluk Kumbar.
FAKRI membersihk­an rumahnya selepas banjir kilat melanda di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia