Harian Metro

Projek lencongan punca banjir kilat

-

Projek Lencongan Banjir Barat yang belum siap adalah faktor penyebab berlakunya banjir kilat di kawasan yang tidak pernah mengalami banjir sebelum ini di Perlis.

Ahli Parlimen Kangar Ir Shaharuddi­n Ismail berkata, kelewatan projek itu siap dari tarikh yang ditetapkan menyebabka­n setiap kali hujan lebat melanda Perlis, kawasan berkenaan akan dinaiki air.

“Kelewatan projek ini menyebabka­n air tidak dapat mengalir ke laut dan ia akan bertakung di sini hingga terjadinya banjir yang teruk. Sebelum projek ini dijalankan, kawasan terbabit tidak pernah mengalami banjir.

“Saya memohon kepada kerajaan negeri, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kontraktor yang terbabit menyegerak­an projek ini secepat mungkin. Jika tidak boleh diselesaik­an, tamatkan sahaja perkhidmat­an kontraktor ini,” katanya ketika ditemui di Tebing Tinggi, di sini, semalam.

Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Tebing Tinggi iaitu bahagian terakhir projek berkenaan yang menghubung­kan Tebing Tinggi ke Bukit Wai.

Sementara itu, beberapa penduduk Tebing Tinggi yang dipindahka­n ke pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bintong merayu pihak bertanggun­gjawab supaya projek berkenaan disiapkan segera.

Mahidah Ismail, 40, berkata, sebelum ini rumahnya tidak pernah dinaiki air walaupun hujan lebat melanda.

“Sejak projek ini dibina, apabila hujan lebat pasti air masuk ke dalam rumah. Jika sebelum ini paras betis, sekarang ini sampai ke paras pinggang,” katanya.

Pendapatny­a turut dipersetuj­ui jirannya, Norhidah Mohmad, 56, yang mahu projek itu segera disiapkan kerana letih berhadapan dengan banjir kilat.

 ??  ?? AZMI berdiri di gazebo yang dibinanya bagi memantau paras air dan tempat untuk berlindung
di Batu 4 Jalan Kapar, Klang.
AZMI berdiri di gazebo yang dibinanya bagi memantau paras air dan tempat untuk berlindung di Batu 4 Jalan Kapar, Klang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia