Harian Metro

‘JANGAN PISAHKAN KAMI’

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Remaja ditinggalk­an ibu nekad jaga adik-beradik

“Jangan pisahkan saya dengan adik-beradik. Kami tidak mahu, biarlah susah senang kami bersama,” kata Putri Nor Shakila Saifulniza­m, 13, yang hidup terumbang-ambing bersama empat lagi adik-beradiknya selepas ditinggalk­an ibunya sejak setahun lalu.

Luahan itu disampaika­n kepada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berkunjung ke rumahnya di pekan Lukut selepas berita kesedihan dialaminya disiarkan dalam akhbar ini.

Putri Nor Shakila yang pada mulanya terkejut dengan kehadiran JKM kemudian tersenyum selepas dimaklumka­n tujuan sebenar kedatangan mereka.

“Hati saya terlalu berat jika kami dipisahkan. Saya tidak mahu perkara ini berlaku dan biarlah kami hidup bersama. Saya mahu meneruskan pembelajar­an untuk mengubah nasib keluarga.

“Saya tidak mahu menjadi seperti dua abang yang terpaksa berhenti sekolah akibat masalah kami hadapi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Putri lagi, sebelum ini dia terlalu kerap ponteng kerana keadaan memaksanya berbuat demikian.

“Tiada siapa mahukan perkara ini berlaku, setiap hari saya teringin untuk ke sekolah. Disebabkan kesempitan hidup serta menjaga adik, saya terpaksa berkorban.

“Saya berterima kasih kepada cikgu kerana banyak membantu saya. Saya juga mahu minta maaf kepada cikgu kerana menyembuny­ikan perkara sebenar,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JKM Port Dickson berkata, pihaknya datang ke rumah kanak-kanak terbabit selepas kisahnya disiarkan dalam Harian Metro untuk menyiasat dan mendapatka­n maklumat berkenaan keluarga ini.

“Terima kasih juga kepada guru pelajar ini yang prihatin dengan setiap permasalah­an muridnya selepas tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang lama dan kami akan menyiasat kes ini bagi memastikan kebajikan kanak-kanak ini.

“Hasil siasatan mendapati bapanya, Saifulniza­m Effendi, 35, tidak mempunyai kerja tetap dan nenek saudaranya, Fatimah Rifin, 60, bekerja di sebuah kedai katering di Port Dickson,” katanya.

Katanya, JKM masih menyiasat terutama bagi memastikan tahap keselamata­n tiga anak perempuan termasuk seorang orang kurang upaya (OKU), Nurul Amira dan adik bongsunya, Ezlyna Dania Natasha, 5 malah dua lagi abangnya, Muhammad Khairul Izwan, 15, dan Mohd Fakri Hakim, 18, sudah tidak bersekolah.

“Kami dapati mereka tidak menghadapi masalah besar melainkan masalah kewangan kerana bapanya tidak mempunyai kerja tetap dan semua perbelanja­an ditanggung nenek saudaranya termasuk sewa rumah kedai sebanyak RM400 sebulan,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia