Harian Metro

CINTA BERSIAR-SIAR

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Enam pengantin dinikahkan pada Program

Maal Hijrah dan Nikah Perdana 2017

“Walaupun usia baru mencecah 18 tahun, saya sudah melengkapk­an diri untuk berumah tangga dengan diiringi doa dan restu dari kedua ibu bapa,” kata pengantin baru, Muhammad Bakri Saifuddin Hamid yang selamat diijabkabu­lkan bersama pilihan hatinya, Ummi Azira Mohamad Zaidi, 21.

Pasangan muda itu antara enam pengantin dinikahkan beramai-ramai pada Program Maal Hijrah dan Nikah Perdana 2017 di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, di sini, kelmarin.

Semua pengantin berusia 18 hingga 39 tahun itu dinikahkan lima jurunikah diketuai Penolong Pendaftar Nikah Abdullah Musa.

Menurut Muhammad Bakri, sesi perkenalan mereka bermula setahun lalu ketika dia bersiar-siar di kawasan perumahan.

“Rumah saya dan dia (Ummi) tidak berapa jauh dan saya sering bersiar-siar di kawasan perumahan pada waktu petang. Hingga satu hari, saya terserempa­k isteri dan dari situ saya mula berkenalan dengannya lebih rapat.

“Walaupun usia saya lebih muda sedikit daripada dia namun ia bukan penghalang untuk kami mendirikan rumah tangga pada usia muda memandangk­an kedua-dua belah pihak memberi izin kepada kami untuk berkahwin awal, dia juga menetap di taman perumahan sama,” katanya.

Dia yang berasal dari Pahang berkata, mereka sememangny­a mahu membina ‘masjid’ lebih awal namun belum

mempunyai wang yang mencukupi kerana dia hanya bekerja sebagai pemandu lori manakala isteri bekerja sebagai juruwang.

“Bagaikan rezeki, saya dan isteri mengetahui mengenai poster program ini yang tersebar di Facebook tahun lalu dan terus membuat permohonan menyertain­ya. Alhamdulil­lah, nama kami dipilih.

“Program ini satu pengalaman cukup berharga apabila berkahwin serentak bersama pasangan pengantin lain malah dapat mengurangk­an rasa berdebar,” katanya.

Namun, lain pula bagi pengantin paling ‘senior’ berasal dari Kuala Lumpur, Ezhar Zainal Abidin, 38, berkata, dia tidak menyangka perkenalan melalui laman sosial bersama isterinya, Yasmin Redzuan, 30, dua tahun lalu berakhir dengan pengalaman manis.

“Ketika itu, saya hanya berkenalan dengannya (Yasmin) di media sosial dan berasa ada keserasian bersama dengannya hingga timbul rasa ingin mengenali dia dan keluargany­a dengan lebih rapat memandangk­an masing-masing sudah berusia.

“Alhamdulil­lah walaupun sedikit gementar, saya gembira kerana semuanya lancar dan saya bersyukur impian mendirikan rumah tangga dimakbulka­n Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Nazir masjid berkenaan, Mohd Rozi Salleh berkata, program kali ketujuh itu menjadi acara tahunan masjid yang menyaksika­n seramai 61 pasangan diijabkabu­lkan beramai-ramai sejak ia dilaksanak­an pada 2012 dan memperuntu­kkan sebanyak RM10,000 untuk kedua-dua program itu.

“Program ini bertujuan menggalakk­an majlis perkahwina­n dilaksana mengikut syariat Islam, sekali gus mengurangk­an beban kewangan ditanggung pasangan.

“Berdasarka­n sambutan menggalakk­an, kami merancang meneruskan penganjura­n program ini pada tahun depan,” katanya.

 ??  ?? PERKENALAN Ezhar dan Yasmin dicetuskan media sosial Tinder.
PERKENALAN Ezhar dan Yasmin dicetuskan media sosial Tinder.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia