Harian Metro

Jasa martabat al-Quran diiktiraf

-

Johor Bahru: Bekas Timbalan Mufti Negeri Johor Datuk Sha’ri @ Shangari Abdullah, 68, dinobatkan Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor 1439H/2017M di Pusat Islam Iskandar Johor, di sini, semalam.

Sha’ri dipilih menerima anugerah itu berikutan jasa dan sumbangan beliau dalam memartabat­kan al-Quran secara serius khususnya di Johor.

Beliau yang berkhidmat selama 33 tahun di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sejak 1980 ketika ditemui bersyukur dengan anugerah diberikan kepadanya dan menyifatka­n kejayaan itu hasil penat lelahnya direstui Allah.

Bapa kepada lima cahaya mata itu kini menabur bakti sebagai guru tahfiz di Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rasyid, Kampung Maju Jaya, Seelong, di sini dan masih aktif dalam bidang kemasyarak­atan, penulisan dan pengajian al-Quran.

Kepakarann­ya dalam ilmu pengajian al-Quran melayakkan beliau menjadi hakim pada Tilawah Al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Ditanya mengenai kecintaan generasi kini pada al-Quran, beliau berkata, kecenderun­gan ibu bapa menghantar anak ke pusat tahfiz yang semakin meningkat membuktika­n umat Islam di negara ini menyanjung­i al-Quran.

“Kecenderun­gan menghantar anak ke tahfiz semakin meningkat dan kita lihat kewujudan pusat tahfiz di seluruh negara sama ada dibina kerajaan atau swasta begitu pesat jika dibandingk­an dengan pusat tahfiz atau institusi pengajian tahfiz pada era 60-an.

“Jadi, kalau kata generasi sekarang semakin menjauhi al-Quran, saya tidak setuju juga kerana semua umat Islam tahu, al-Quran ini sudah tentu untuk kita,” katanya.

Anugerah yang diterima membolehka­n Sha’ri membawa pulang RM10,000, plak anugerah, sijil penghargaa­n, hadiah iringan dan sepersalin­an pakaian.

Hadiah disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Agama Negeri Johor Abd Mutalip Abd Rahim yang juga wakil rasmi Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis berkenaan.

 ??  ?? ABD Mutalip menyarungk­an jubah pada Sha’ri @ Shangari selepas dinobatkan Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor, semalam.
MOHD AZREN JAMALUDIN, MUHAMMAD SULAIMAN DAN MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK
ABD Mutalip menyarungk­an jubah pada Sha’ri @ Shangari selepas dinobatkan Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor, semalam. MOHD AZREN JAMALUDIN, MUHAMMAD SULAIMAN DAN MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia