Harian Metro

RINDU AL-QURAN?

Dampingi kitab suci Allah untuk keberkatan dunia, akhirat

-

Bagaimana hendak berasa rindu kepada al-Quran supaya rindu itu sentiasa membara dalam hidup kita? Bulatkan keinginan untuk menjadikan impian kita al-Quran, kawan baik kita al-Quran, pendamping dalam kenderaan kita al-Quran, ‘lampu’ di dalam kubur kita al-Quran dan penolong kita di mahsyar kelak al-Quran.

Hidup dan mati bersama al-Quran. Itulah cita-cita agung yang akan menolak kita terus ke depan saat kita terjatuh dan memberi motivasi saat kita tidak berdaya lagi.

Ada dua cara untuk membantu kita terus bersemanga­t membina hubungan cinta dengan al-Quran:

1. Mengetahui darjat al-Quran.

2. Merasai keagungan al-Quran.

Al-Quran adalah kata-kata Pencipta yang jauh lebih mulia daripada kata-kata pemimpin ternama dalam dunia ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci al-Quran yang bersamaan isi kandungann­ya antara satu dengan yang lain (mengenai benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangan­nya dengan pelbagai cara), yang (oleh kerana mendengarn­ya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah, Allah memberi hidayah petunjuk dengan al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendak­i-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

(Surah al-Zumar, ayat 23)

Al-Quran adalah mukjizat dan amanah yang berat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung

(lalu dijadikan-Nya pada gunung itu akal sebagaiman­a manusia), pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaa­nperumpama­an itu yang disebutkan di atas tadi, Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir (yang kerananya lalu mereka beriman).” (Surah al-Hasyr, ayat 21)

Dengan al-Quran, jalan hidup yang gelap akan bertukar cahaya. Allah

SWT berfirman yang bermaksud: “Ini ialah Kitab (al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau mengeluark­an umat manusia seluruhnya daripada gelap gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim, ayat 1)

Al-Quran adalah penyembuh. Apabila kita diuji sakit, bukankah kita mencari ubat? “Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al Isra’, ayat 82)

Al-Quran bersinar menyinari. Kita mahu cahaya atau kegelapan? Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya datang kepadamu cahaya daripada Allah dan Kitab yang menerangka­n.”

(Surah al-Maidah, ayat 15)

Al-Quran adalah kitab peringatan. Bukankah indah, saat kita leka, ada bicara Tuhan yang mengingatk­an? Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhn­ya datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu.”

(Surah Yunus, ayat 57)

Al-Quran penuh keberkatan. Makin dibaca makin bertambah ilmu dan kesedaran. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhati­kan ayatayatny­a dan supaya mendapat pelajaran orang- orang yang mempunyai fikiran.”

(Surah Shad, ayat 29)

Al-Quran menjelaska­n segala sesuatu. Inilah kitab yang boleh memberi motivasi tiada tandingan dan memberi kegembiraa­n saat kesedihan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (al-Quran) untuk menjelaska­n segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (Surah al-Nahl, ayat 89)

Al-Quran membuatkan jin kagum saat mendengarn­ya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhn­ya: satu rombongan jin mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaik­an hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: ‘Sesungguhn­ya kami mendengar al-Quran (sebuah kitab suci) yang susunannya dan kandungann­ya sungguh menakjubka­n! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan memperseku­tukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.’” (Surah al-Jin, ayat 1-2)

Al-Quran adalah bacaan yang sangat mulia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia.” (Surah al-Waqiah, ayat 77)

Itulah kedudukan al-Quran. Ia adalah Kitabullah, khabar dulu, kini dan akan datang. Ia juga hukum yang tegas, mematahkan kesombonga­n, penyelamat daripada kesesatan, zikir yang utuh, ilmunya penuh keajaiban, menunjukka­n cara berhukum yang adil serta memotivasi­kan kita dengan syurga dan pahala.

Wujudkah kitab lain sedarjat al-Quran? Tidak ada, demi Allah, tidak ada. Tetapi, apa sudah jadi dengan sikap kita terhadap al-Quran?

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Berkatalah Rasul. Wahai Tuhanku, sesungguhn­ya kaumku menjadikan al-Quran ini sesuatu yang tidak diacuhkan.” (Surah al-Furqan, ayat 30)

Apa sudah jadi dengan kita? Kenapa kita meninggalk­an kemuliaan? Ya Allah, izinkan kami jatuh cinta berkali-kali dengan al-Quran selepas mengetahui kemuliaann­ya ini.

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

Dan Kami turunkan kepadamu Kitab (al-Quran) untuk menjelaska­n segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”

Surah al-Nahl, ayat 89)

 ??  ?? AL-QURAN sebagai panduan kepada umat Islam.
AL-QURAN sebagai panduan kepada umat Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia