Harian Metro

Perlu ada wuduk pegang al-Quran

-

Seorang menjilid al-Quran bersama kitab biasa yang lain dalam satu jilid dengan menjadikan di sebelah kanan kitab itu al-Quran dan di sebelah kirinya kitab biasa.

Apakah hukumnya jika seseorang itu memegang jilid kitab berkenaan?

Jika al-Quran dan kitab biasa dijilid dalam satu jilid, haram bagi orang tidak berwuduk menyentuh kulit buku itu yang di pihaknya terdapat al-Quran (sebelah kanan) tetapi harus ia menyentuh kulit yang sebelah lagi yang terdapat kitab biasa (sebelah kiri).

Sekiranya kulit mashaf al-Quran yang terpisah daripada mashaf lalu digunakan semula untuk menjilid kitab biasa, adakah ia masih dinamakan kulit mashaf yang hukumnya haram disentuh atau tidak lagi dinamakan kulit mashaf?

Selagi kulit itu dinamakan kulit mashaf, selama itu ia masih dihukum haram menyentuhn­ya bagi orang yang tidak berwuduk.

Kecuali apabila kulit itu tidak lagi dinamakan kulit mashaf dan sudah diubah suai sehingga menjadi kulit buku biasa, hilanglah hukumnya sebagai kulit mashaf dan harus menyentuhn­ya tanpa wuduk.

Dalam kitab Minhaj dan syarahnya karangan Syeikhul Islam Zakaria menyebut mengenai harus bagi orang yang berhadas membawa atau memikul bekas yang di dalamnya terdapat pelbagai barang termasuk juga mashaf dengan syarat dia tidak berniat untuk membawa mashaf itu.

Cuma berniat membawa barang-barang saja manakala al-Imam al-Rafi’e pula berpendapa­t harus orang yang berhadas membawa barang-barang yang terdapat bersamanya al-Quran walaupun ia berniat untuk memikul kedua-duanya. Mana satukah antara pendapat itu yang lebih muktamad?

Apa yang lebih muktamad ialah seperti apa yang difatwakan oleh al-Imam al-Rafi’e iaitu harus menanggung kedua-duanya tanpa wuduk walaupun dengan qasad dan niat untuk memikul kedua-duanya sekali.

Adakah berdosa meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran atau buku agama yang mempunyai tulisan al-Quran?

Tidak menjadi kesalahan (tidak haram) meletakkan apa-apa benda di atas apa jua yang terdapat padanya tulisan ayat al-Quran atau ilmu keagamaan.

Perbuatan seperti itu tidak termasuk dalam mempersend­akannya mengikut fatwa Syeikh Ramli Kabir.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia