Harian Metro

DIREMAN 4 HARI

Setiausaha politik ahli Parlimen ditahan bantu siasatan kes rasuah

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Setiausaha politik kepada seorang ahli Parlimen berusia 45 tahun dan tiga individu lain ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan urusan imigresen.

Lelaki berkenaan yang berpakaian kemeja lengan pendek dan berseluar gelap diiringi masuk oleh enam pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi mendapatka­n perintah tahanan reman jam 10 pagi.

Tiga suspek lain dikatakan sudah berada di dalam IPD berkenaan lebih awal.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa bersama dua lagi peguam lain.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan, tiga kakitangan seorang Ahli Parlimen iaitu Setiausaha Politiknya, pembantu peribadi dan kerani bersama seorang lelaki lain ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan.

Sumber SPRM berkata, kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri, Cheras jam 1.45 tengah hari kelmarin disusuli penahanan setiausaha politik di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam.

“Tangkapan dilakukan selepas pemilik sebuah syarikat membuat aduan kepada SPRM berhubung tindakan tiga individu berkenaan meminta suapan RM55,000 daripadany­a untuk menyelesai­kan urusan berkaitan imigresen, ” katanya.

Menurutnya, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk buruh warga asing menggunaka­n kelayakan profesiona­l dan diketahui ketiga-tiga suspek.

“Berikutan itu, mereka meminta sejumlah wang kononnya untuk menyelesai­kan urusan imigresen itu,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI SPRM membawa keluar semua suspek selepas perintah tahanan reman dikeluarka­n.
PEGAWAI SPRM membawa keluar semua suspek selepas perintah tahanan reman dikeluarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia