Harian Metro

% DNA KITA

- Haque etro.com.my

utan mempunyai tingkah laku paling anusia menurun sehingga 50 peratus

miliki asid deok(DNA) yang hamgan manusia, samempunya­i tingwujuda­n manusia. berkongsi 97 g utan. Perbezaan manusia, selain

udan spesies orang nia sebelah Asia au Sumatera dan

nganggarka­n masih hidup g besar di Sabah. 30 tahun, bilangan urun daripada 30 mat

ancaman haiwan a akibat kegiatan Malaysia tidak

ke dalam senarai am lampiran 1A n Antarabang­sa Terancam (CITES).

Ia bererti, orang utan tidak boleh ditangkap atau dipelihara atau diperdagan­gkan sama ada dalam bentuk hidup atau sebagai sebahagian hasilnya.

Di Malaysia, Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1958 ditubuhkan di Sarawak antara yang pertama diwujudkan bagi melindungi haiwan terancam ini, termasuk orang utan.

Perundanga­n Ordinan Pemulihara­an Fauna 1963 kemudianny­a ditubuhkan di Sabah.

Mengenai pemulihara­an orang utan di Bumi Kenyalang ini, ia bermula secara intensif sejak 1975 lagi melalui penubuhan sebuah pusat perlindung­an dan rehabilisa­si orang utan di Hutan Rizab Semulajadi Semenggoh (SNR).

Begitu pun, kawasan hutan yang masih dijaga dengan baik selain diwartakan sebagai Taman Negara membolehka­n orang utan hidup bebas tanpa bimbang menjadi buruan di seluruh Sarawak, meskipun tidak dinafikan masih wujud ancaman kepupusan.

Dianggarka­n antara 2,000 hingga 2,500 orang utan masih hidup di kawasan hutan Sarawak termasuk di Taman Negara Batang Ai, Taman Negara Ulu Sebuyau, Taman Negara Sedilu dan Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau.

Pengurus Wilayah Kuching Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Zainal Abidin Abdullah berkata, jumlah orang utan yang berada di Sarawak dianggap dalam jumlah yang baik kerana haiwan itu tidak menjadi mangsa buruan pemburu haram.

Menurutnya, hutan yang dijaga dengan baik membolehka­n haiwan itu terus hidup bebas selain sumber makanan daripada tumbuhan yang masih banyak.

“Jumlah haiwan di Sarawak dianggap berada pada tahap yang baik kerana pembiakann­ya berlaku untuk tempoh lapan hingga sembilan tahun bagi seekor orang utan betina dan jumlah yang boleh dilahirkan sehingga tiga ekor untuk seekor orang utan betina.

“Di Sarawak, orang utan menjadi antara daya tarikan utama kerana ia hanya terdapat di Kepulauan Borneo termasuk negeri ini dan Sumatera, Indonesia. Disebabkan itu kerajaan negeri mahu spesies ini dilindungi sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di SNR, di sini, baru-baru ini.

Lazimnya, orang utan terbahagi kepada dua jenis, iaitu Orang Utan Borneo (Pongo Pygmaeus) dan Orang Utan Sumatera (Pongo Abelii).

Bagi spesies Orang Utan Borneo, ia terbahagi lagi kepada tiga subspesies iaitu Pongo Pygmaeus Pygmaeus (populasi barat laut) Pongo Pygmaeus

Morio (populasi timur dan timur laut) dan Pongo Pygmaeus Wurmbii (Populasi barat daya).

Zainal Abidin berkata, di Sarawak Orang Utan Borneo selain di SNR, Pusat Hidupan Liar Matang turut menjadi pusat perlindung­an orang utan di Sarawak manakala di beberapa lagi taman negara haiwan itu dibiarkan bebas untuk hidup dan mencari makanan.

Katanya, setakat ini, tiada sebarang kes pemburuan haram dan konflik antara manusia dan orang utan yang dilaporkan berlaku di Sarawak kerana kesedaran masyarakat terhadap kepentinga­n melindungi spesies itu masih tinggi.

“SFC agensi yang bertanggun­gjawab memantau taman negara di negeri ini untuk memastikan spesies bernilai seperti orang utan terus terpelihar­a tanpa wujudnya sebarang konflik yang boleh menjejaska­n ekosistem kehidupan haiwan itu.

“Inisiatif yang dijalankan seperti mewujudkan SNR ini dianggap satu pelan jangka panjang untuk memastikan orang utan terus terpelihar­a tanpa berlaku sebarang bentuk kepupusan melampau,” katanya.

Tambahnya, secara keseluruha­n, orang utan di Sarawak berada dalam keadaan baik hasil daripada inisiatif kerajaan negeri bersama agensi di bawahnya seperti SFC selain kerjasama erat masyarakat setempat.

“Justeru, SFC sebagai agensi yang memantau dan badan pelaksana program pemulihara­an orang utan berharap spesies ini akan terus hidup dengan baik tanpa wujudnya sebarang aktiviti pemburuan yang ternyata boleh melenyapka­nnya untuk tatapan generasi akan datang,” katanya.

 ??  ?? PELANCONG merakam gambar orang utan di Pusat Rehabilita­si Hidupan Liar Semenggoh, Kuching.
PELANCONG merakam gambar orang utan di Pusat Rehabilita­si Hidupan Liar Semenggoh, Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia