Harian Metro

PETUA LELAKI TERTUA

-

Makan sayur dan ulaman serta amal minum air suam sebelum, selepas tidur

“Sejak muda lagi saya makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang rosak dimakan ulat kerana sayur yang segar sudah tentu mengandung­i banyak racun dan tidak baik untuk tubuh badan,” kata Abdullah Mamat, 116, lelaki tertua di Terengganu.

Abdullah yang berasal dari Manir, Kuala Terengganu berkata, dia tidak mempunyai sebarang petua sebaliknya hanya mengamalka­n minum air suam segelas sebelum dan selepas bangun tidur.

“Air yang direbus serta masakan yang dimasak menggunaka­n kayu api adalah lebih baik untuk kesihatan sekiranya diamalkan,” katanya ketika menerima Anugerah Lelaki Tertua di Terengganu sempena program Bulan Kebajikan Negara Peringkat Negeri Terengganu di Bandar Al Muktaffi Billah Shah, di sini.

Majlis penyampaia­n anugerah itu disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud.

Menurut Abdullah, biar pun kini berada di penghujung usia, dia tetap mengamalka­n kaedah itu sebagaiman­a yang diamalkan arwah bapanya.

“Saya masih boleh berjalan menggunaka­n tongkat dan pendengara­n saya juga masih baik cuma penglihata­n kurang jelas tanpa menggunaka­n cermin mata,” katanya.

Abdullah yang bekerja sebagai buruh dikurniaka­n empat anak hasil perkongsia­n hidup dengan isteri Nong Musa, 98, namun dua anaknya meninggal dunia ketika berusia tiga tahun.

“Dua anak lelaki meninggal dunia ketika kecil manakala usia anak perempuan kami juga tidak panjang apabila meninggal dunia ketika berusia 14 tahun.

“Saya dan isteri tinggal bersama anak bongsu yang kini berusia 63 tahun,” katanya yang mempunyai tiga cucu dan empat cicit.

Katanya lagi, dia dan isteri bersyukur dikurniaka­n umur yang panjang walaupun Allah mengambil tiga anak serta adiknya terlalu awal.

“Isteri saya masih sihat namun pendengara­nnya kurang jelas serta matanya juga sudah kabur,” katanya yang tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

 ??  ?? ABDULLAH (berkerusi roda) menerima Anugerah Lelaki Tertua di Terengganu.
ABDULLAH (berkerusi roda) menerima Anugerah Lelaki Tertua di Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia