Harian Metro

PAKAR SEMBELIH

-

Malah, atas kemahirann­ya itu, dia pernah diambil bekerja di istana di Eropah pada pertengaha­n 1980-an.

Menceritak­an pengalaman­nya, anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkata, dia bermula sebagai peniaga ketika berusia 16 tahun dengan membawa masuk lembu dari Thailand untuk dijual kepada peniaga daging di negara ini.

Apabila keluargany­a berpindah ke Kuala Lumpur sekitar 1980-an, Mustaffa membuka gerai menjual daging lembu di pasar basah Subang Jaya.

Bagaimanap­un, dengan sumber kewangan yang terhad, Mustaffa nekad meninggalk­an keluargany­a di tanah air untuk mencari pengalaman di negara asing dan memulakan kehidupan baru.

“Saya tidak begitu gembira dengan hanya menjual daging di gerai lalu mengambil keputusan ke United Kingdom (UK) untuk mencuba nasib.

“Saya ke sana untuk mempelajar­i ilmu kulinari dan kepakaran sembelihan,” katanya pada Kursus Sembelihan Secara Teori dan Praktikal di Madrasah Tarbiyyah Islami- yyah Darul Hijrah di Chendering, di sini.

Menurutnya, sebaik tiba di London, dia tidak mempunyai tempat untuk dituju dan hanya tinggal di jalanan termasuk di masjid dan terowong bawah tanah hampir tiga bulan tanpa duit.

“Pernah satu ketika, saya dihampiri sekumpulan lelaki yang ingin merompak dan ketika itu saya hanya ingat mati. Mujur tiada apa-apa berlaku,” katanya.

Nasib Mustaffa berubah apabila diterima bekerja di sebuah kedai daging yang diusahakan seorang lelaki Muslim yang berasal dari Pakistan.

“Di London, saya bekerja di kedai daging milik warga Pakistan. Bermula daripada situ, saya belajar sedikit demi sedikit mengenai kaedah pemotongan dan pengurusan daging mengikut cara Eropah,” katanya.

Selepas dua tahun bekerja dan menimba pengalaman di kedai berkenaan, Mustaffa mengambil keputusan untuk berkhidmat dengan syarikat penyembeli­han haiwan terkemuka, Dawn Group of Companies yang berpangkal­an di Bedford, London.

Lelaki cuba nasib di kota London sehingga kuasai kaedah pengurusan daging

 ??  ??
 ??  ?? MUSTAFFA (berbaju merah) memberi penerangan cara melapah lembu di Chendering, Kuala Terengganu.
MUSTAFFA (berbaju merah) memberi penerangan cara melapah lembu di Chendering, Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia