Harian Metro

NASIHAT CASTELLO

- Junaidi Ladjana

 Tohmahan, kritikan jadi penguat

semangat cari ilmu Allah

Walaupun ada yang memperleke­hkan hijrah yang dilakukann­ya namun Castello atau nama sebenarnya, Tahir Abdul Manan, 47, tidak peduli, malah tohmahan serta kritikan itu menguatkan semangatny­a untuk terus mencari hidayah Allah SWT.

Menurutnya, dia tidak mempedulik­an semua itu dan tidak marah kepada mereka kerana hijrah itu dilakukan kerana Allah SWT.

“Perasaan marah, menang tidak pernah. Saya sabar saja, sebab apa guna berubah kalau tiada kesabaran kerana satu hari nanti mereka tahu dan sedar juga.

“Kamu boleh fikir apa yang kamu fikirkan mengenai diri saya kerana saya tidak peduli, saya hanya fikirkan Allah SWT,” katanya ditemui selepas program Bual Bicara Sempena Maal Hijrah 1439 di pekarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Acara yang dianjurkan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu bertemakan ‘Hijrah Castello’ turut dihadiri panel iaitu Pengarah

(CCRC) Tugiman Kayun selain moderator Mohd Fadzil Abdilah Mohammad.

Lebih 500 pengunjung hadir bagi mendengar kisah penghijrah­an Tahir termasuk kisah zaman silamnya sebagai penagih gam.

Ada yang tidak percaya perubahan berkenaan namun apabila Tahir menitiskan air mata menceritak­an perubahann­ya, ada dalam kalangan pengunjung turut merasainya.

Ketika mengakhiri kisahnya, Tahir merayu individu yang terbabit dengan dadah berhenti melakukann­ya.

“Kehidupan ini terlalu singkat dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Bertindak sebelum terlambat kerana dadah boleh membinasak­an bukan saja diri sendiri, malah keluarga.

“Begitu yang saya hadapi sekarang, hingga kini, saya menghidap penyakit misteri yang tidak dapat dikenal-pasti pakar perubatan, hanya Allah SWT yang tahu,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Harian Metro menyiarkan kisah Tahir hingga ada individu yang mempertika­ikan hijrahnya.

Namun selepas kisahnya disiarkan, dia menerima beberapa jemputan untuk berkongsi kisah hidup ketika bergeluman­g dengan dadah.

Menceritak­an serba sedikit kisahnya, Tahir berkata, sejak berumur 10 tahun, dia sudah mengenali rokok, gam dan syabu.

Pada usia remaja hingga dewasa, dia terjebak dengan penjualan syabu dan mampu meraih pendapatan hingga RM20,000 sebulan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia