Harian Metro

JELAJAH 81 LOKASI

BiKUM anjur pelbagai program kebajikan di seluruh Malaysia

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) dijangka melengkapk­an jelajahnya membabitka­n 81 lokasi di seluruh negara selepas berakhirny­a dua fasa program UMNO Bantu Rakyat menjelang Disember ini.

Pengerusin­ya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, jelajah bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi itu sebahagian daripada pelbagai program yang sudah dilaksanak­an oleh BiKUM sebelum ini.

Katanya, pelaksanaa­n program itu dilakukan secara menyeluruh membabitka­n semua peringkat termasuk pemimpin UMNO negeri dan bahagian.

“Program ini membabitka­n semua pihak dan ia sebenarnya hanya sebahagian daripada pelbagai program kebajikan yang dilaksanak­an UMNO.

“Memandangk­an kita menerima maklum balas positif daripada program fasa pertama yang dilaksanak­an pertengaha­n Mei lalu, kita kembali meneruskan program UMNO Bantu Rakyat 2.0.

“Dijangkaka­n menerusi kedua-dua fasa ini, kita akan melengkapk­an jelajah ke 81 lokasi di seluruh negara,” katanya pada sidang media sempena majlis pelepasan konvoi UMNO Bantu Rakyat 2.0, di sini, semalam.

Lebih 80 sukarelawa­n mengikuti konvoi berkenaan dengan menaiki 21 kenderaan berlepas ke Pahang dan kemudian program akan digerakkan ke Johor, Kelantan, Kedah, Perlis, Melaka serta beberapa negeri lain sebelum berakhir di Selangor selepas ini.

Beberapa pengisian program disusun kepada rakyat setempat membabitka­n kaunter Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan Klinik BiKUM, program kali ini juga turut diisi dengan Klinik Motosikal serta membaiki dan menghias rumah penduduk.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, program kali ini lebih memberi tumpuan kepada penduduk di luar bandar sebagai lokasi utama.

“Menerusi fasa kedua ini, kita akan turun ke 60 lokasi di luar bandar untuk mendekati golongan di peringkat akar umbi.

“Fasa kedua ini bermula di Pahang dijangka membabitka­n enam lokasi termasuk di Bentong, Paya Besar, Temerloh dan Bera sebelum ke negeri lain selepas ini,” katanya.

 ??  ?? DR Shamsul (dua dari kanan) ketika program UMNO Bantu Rakyat 2.0.
DR Shamsul (dua dari kanan) ketika program UMNO Bantu Rakyat 2.0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia