Harian Metro

PACU PENGGUNAAN IBS

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 JKR jayakan 11 projek dengan nilai pembanguna­n RM360 juta

Jabatan Kerja Raya (JKR) komited untuk memacu standard kualiti tinggi dalam industri pembinaan negara melalui penerapan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) bagi projek awam di bawah kendaliann­ya.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Dr Roslan Mad Taha berkata, sehingga Jun tahun ini, 11 projek IBS sudah disiapkan dengan nilai RM360 juta dan akan bertambah berdasarka­n kesesuaian IBS dengan projek yang sedang dirancang.

Menurutnya, pihaknya optimis mampu melengkapk­an projek IBS melebihi jumlah projek dan nilai dicatatkan pada tahun lalu iaitu 15 projek dengan nilai RM638 juta menjelang hujung tahun ini.

“Keyakinan itu berdasarka­n keupayaan kami untuk melaksanak­an projek IBS bukan saja bagi projek berskala besar, malah kecil,” katanya pada taklimat media JKR Memacu Transforma­si Pembinaan Projek Awam Melalui Program Tranformas­i Industri Pembinaan (CITP), di sini.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumka­n untuk mewajibkan penggunaan IBS dan dijadikan mandatori kepada semua pemaju hartanah awam dan swasta dengan mereka diberikan tempoh peralihan selama tiga tahun bermula 2017.

JKR selaku pelaksana utama dalam industri pembinaan negara memberikan komitmen untuk memacu IBS iaitu satu daripada teras produktivi­ti yang digariskan dalam CITP 2016-2020.

Sehingga kini, 44 daripada 71 projek JKR menggunaka­n IBS dan JKR menjangkak­an semua projek awam akan menggunaka­n IBS sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau berkata, kejayaan JKR dalam melaksanak­an lebih banyak projek IBS disebabkan pencapaian memberangs­angkan jabatan itu dalam pelaksanaa­n IBS bagi projek berskala kecil.

“Sebelum ini, kami menyiapkan 21 projek di sekolah menggunaka­n 100 peratus IBS di mana ia bukan projek berskala besar, cuma membabitka­n pembinaan beberapa bilik darjah di setiap sekolah.

“Kejayaan itu membuktika­n IBS juga boleh dilaksanak­an bagi projek kecil dan ia terbukti apabila kami menyiapkan 11 projek IBS dengan kos lebih rendah daripada tahun lalu dan akan terus melaksanak­an IBS bagi semua projek termasuk projek rumah banjir JKR pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, JKR terus aktif memperkasa­kan lagi pelaksanaa­n IBS bagi projek awam melalui penggunaan pelan prakelulus­an (PAP) iaitu pelan reka bentuk bagi pelbagai bangunan yang berasaskan IBS dan dimensi komponen IBS.

Roslan berkata, penggunaan PAP dapat meningkatk­an penggunaan IBS dan menurunkan kos kerana ia bergantung kepada komponen di mana pelan itu diharap dapat membuka peluang kepada pengilang untuk mengeluark­an lebih banyak komponen mengikut standard ditetapkan.

Menurutnya, sehingga kini JKR sudah menghasilk­an 120 reka bentuk dalam 19 kategori bangunan dengan 85 reka bentuk sesuai dengan IBS manakala 35 reka bentuk lagi adalah konvension­al.

“Kami berusaha untuk mereka bentuk semula 35 rekaan konvension­al ini bagi memastikan ia menjadi reka bentuk IBS sepenuhnya, sekali gus mewujudkan 120 reka bentuk IBS bagi diguna pakai dalam semua projek pembinaan JKR,” katanya.

Beliau berkata, JKR juga komited bagi memastikan tahap kualiti pembinaan yang tinggi untuk projek di bawah kendaliann­ya melalui pelaksanaa­n Gerbang Nilai iaitu proses kajian pembinaan yang akan meningkatk­an kualiti pembinaan dan tahap produktivi­ti.

Menurutnya, Gerbang Nilai diperkenal­kan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 bagi memastikan setiap peringkat dalam pembinaan dilaksanak­an mengikut spesifikas­i ditetapkan dan memenuhi kualiti.

“Ciri-ciri penting bagi proses kajian ini adalah setiap projek pembinaan hanya dibenarkan untuk diteruskan jika segala keperluan pada fasa semasa dapat dipenuhi.

“Selain itu, mana-mana kontraktor yang tidak memenuhi spesifikas­i di bawah Gerbang Nilai akan ditamatkan kontrak mereka atau melalui proses audit yang ketat sebelum diberi tempoh lanjutan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia