Harian Metro

Kerjasama MDeC, ISACA, 8 universiti lahir pakar keselamata­n siber

-

Putrajaya: Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDeC) menjalin kerjasama dengan ISACA, persatuan teknologi maklumat global serta lapan universiti tempatan bagi menambah baik kecekapan kepemimpin­an dan menampung permintaan ahli profesiona­l yang memiliki kemahiran keselamata­n siber.

Pengarah Bahagian Pembolehan Ekosistem MDeC

Wan Murdani Wan Mohamad berkata, universiti

terbabit adalah Universiti Malaya, Taylor’s University Malaysia, Multimedia University (MMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Tunku Abdul Rahman University College (TAR University College), Sunway University dan Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU). Katanya, di bawah projek perintis, ISACA melatih 150 pelajar menerusi program

Cybersecur­ity Nexus (CSX) sehingga akhir tahun ini.

“Program CSX itu menampung kekurangan kritikal ahli profesiona­l keselamata­n siber yang mahir, selain membangunk­an golongan profesiona­l,” katanya selepas majlis memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan ISACA, di sini.

Menurutnya, Pensijilan Asas ISACA-CSX menyediaka­n bimbingan, pembanguna­n kerjaya, pendidikan dan mewujudkan komuniti ahli profesiona­l keselamata­n siber.

“Ketika ini, ada 6,500 ahli profesiona­l keselamata­n siber di Malaysia dan negara memerlukan 10,000 orang menjelang 2020,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia