Harian Metro

GADAI NYAWA TUNTUT WANG

- Agensi

 Berpaut pada bonet kereta desak bekas kekasih jelas hutang

Satu pasangan kekasih sanggup bergadai nyawa dengan berpaut pada bonet sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang bergerak laju semata-mata mahu menuntut hutang dari pemandu.

Satu rakaman video keselamata­n menunjukka­n pasangan itu berpaut pada bonet SUV berwarna putih di sebuah lebuh raya di Taizhou di wilayah Jiangsu.

Dalam kejadian pada 19 September lalu kenderaan berkenaan bergerak sejauh tiga kilometer sebelum ditahan polis.

Media tempatan melaporkan, pemandu kenderaan itu adalah bekas kekasih wanita yang berpaut pada depan keretanya.

Wanita itu memberitah­u polis, lelaki berkenaan berhutang sejumlah wang dengannya ketika mereka masih bercinta.

Selepas mereka berpisah wanita itu menuntut bekas kekasihnya membayar semula semua wang yang dipinjam.

Katanya, dia bersama kekasih barunya datang berjumpa lelaki itu untuk menuntut hutang berkenaan tetapi bekas teman lelakinya cuba melarikan diri.

Bagi menghalang lelaki itu melarikan diri wanita itu dan kekasihnya berdiri di depan SUV namun bekas teman lelakinya terus memecut kenderaann­ya.

Bekas teman lelaki wanita itu pula mendakwa dia membayar hutang berkenaan secara ansuran pada setiap bulan tetapi bekas kekasihnya itu tidak berpuas hati.

“Ketika kami bercinta saya mengalami masalah kewangan dan dia meminjamka­n wang kepada saya.

“Kini selepas berpisah dan mempunyai kekasih baru dia menuntut saya menjelaska­n semua hutangnya,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n pasangan kekasih berpaut pada bonet sebuah SUV bagi menuntut hutang daripada pemandu. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n pasangan kekasih berpaut pada bonet sebuah SUV bagi menuntut hutang daripada pemandu. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia