Harian Metro

Wanita lahirkan anak di tepi jalan

-

Xiaoshan (China): Seorang wanita melahirkan anaknya dalam keadaan berdiri di tepi jalan di bandar Xiaoshan di wilayah Zhejiang, China baru-baru ini.

Menurut media tempatan, wanita yang sarat mengandung itu dilaporkan menunggang sebuah skuter sebelum dia berhenti di tepi jalan kerana sakit perut.

Wanita itu berdiri di tepi jalan sambil memegang skuter miliknya sebelum orang ramai yang berada di kawasan itu melihat darah keluar dari kainnya.

Menyedari wanita itu bakal melahirkan anaknya beberapa wanita datang untuk memberi bantuan.

Satu rakaman video yang tular di Internet menunjukka­n beberapa wanita mengerumun­i wanita itu untuk membantuny­a.

Beberapa saat kemudian seorang bayi dilihat keluar dari celah kaki wanita berkenaan dan disambut seorang perempuan tua.

Bayi itu kemudian dibalut dengan kain tebal sebelum diserahkan kepada ibunya yang kelihatan masih terkejut.

Seorang saksi berkata, dia melihat wanita itu berdiri di depan kedainya pada Isnin lalu dan kelihatan seperti menahan sakit.

“Saya dan beberapa rakan lain terus membantu selepas mendapati wanita itu mahu melahirkan anaknya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Xiaoshan mengesahka­n ada seorang wanita melahirkan anak di tepi jalan pada 18 September lalu.

Katanya, wanita itu dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan sudah dibenarkan keluar dari hospital. Agensi

 ??  ?? WANITA itu berdiri sambil memegang motosikaln­ya ketika beberapa wanita lain menyambut bayinya. - Agensi
WANITA itu berdiri sambil memegang motosikaln­ya ketika beberapa wanita lain menyambut bayinya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia