Harian Metro

EMPAT ASKAR MAUT

 Mangsa terbaru serangan bom di wilayah selatan Thailand

- AFP

Empat askar Thailand terbunuh selepas sebutir bom yang dipasang di tepi jalan meletup dan memusnahka­n kenderaan dinaiki mereka di sini semalam, kata tentera.

“Serangan di wilayah Pattani itu turut mencederak­an enam mangsa termasuk seorang penduduk,” kata jurucakap tentera, Yuthanam Petchmoang.

Menurutnya, serangan berlaku ketika askar itu menjalanka­n rondaan rutin pada awal pagi untuk mengawal jalan yang dilalui guru sekolah di daerah Sai Buri.

Letupan kuat menyebabka­n lori pikap yang dinaiki sembilan askar berkenaan terputus dua dan membentuk kawah besar di lokasi kejadian.

Pemerintah Operasi Keselamata­n Dalaman (ISOC) dalam satu kenyataan memberitah­u, bom dipasang dalam saliran air di bawah jalan dan diletupkan ketika empat askar turun dari lori pikap untuk memeriksa kawasan berkenaan.

“Serangan itu bertujuan untuk mencetuska­n kekacauan dan keganasan di rantau ini tanpa mengira keselamata­n dan nyawa penduduk,” jelasnya.

Serangan itu berlaku ketika Thailand meneruskan rundingan damai dengan kumpulan yang mendakwa mewakili pejuang pemisah.

Setakat ini rundingan itu tidak mencapai sebarang perjanjian dengan penganalis­is berpendapa­t, wakil pemisah tiada kawalan ke atas pejuang.

Barisan Revolusi Nasional (BRN) dipercayai menjadi dalang di sebalik kebanyakan serangan, walaupun kumpulan itu tidak pernah mengakuiny­a.

Keganasan di wilayah selatan Thailand yang bersempada­n dengan Malaysia itu mula bergolak lebih 10 tahun lalu selepas kumpulan pemisah menuntut kemerdekaa­n.

Lebih 6,800 mangsa dengan majoritiny­a orang awam terbunuh dalam konflik itu yang menyaksika­n serangan bom dan kejadian tembakan berlaku hampir setiap minggu.

 ??  ?? KAWAH yang terbentuk di jalan raya selepas serangan bom di daerah Sai Buri, Pattani, Thailand yang mengorbank­an empat askar semalam. - Reuters
KAWAH yang terbentuk di jalan raya selepas serangan bom di daerah Sai Buri, Pattani, Thailand yang mengorbank­an empat askar semalam. - Reuters
 ??  ?? KEADAAN lori pikap yang terputus dua akibat terkena serangan bom. - Reuters
KEADAAN lori pikap yang terputus dua akibat terkena serangan bom. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia