Harian Metro

Buru suspek bantu Yingluck

-

Bangkok: Pihak berkuasa memburu individu yang membantu bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra melarikan diri ke luar negara pada bulan lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan semalam.

Yingluck, 50, yang disingkirk­an dalam rampasan kuasa pada 2014 melarikan diri sebelum Mahkamah Agung membacakan keputusan kes kecuaian jenayah terhadapny­a.

Bekas pemimpin itu berdepan hukuman penjara 10 tahun sekiranya didapati bersalah cuai menguruska­n subsidi padi hingga menyebabka­n negara kerugian besar.

Prawit memberitah­u, pihak berkuasa merampas sebuah kenderaan yang digunakan Yingluck untuk ke sempadan Kemboja ketika melarikan diri.

Sementara itu, tiga anggota polis disoal siasat pada malam kelmarin dan mereka mengaku membantu memandu kenderaan itu bagi membawa Yingluck ke Kemboja.

“Ketiga-tiga mereka memberi kami maklumat yang berguna. Kami kini menyiasat dan meneliti semua bukti,” kata timbalan ketua polis Thailand, Srivara Rangsibrah­manakul.

Satu sumber polis memberitah­u, siasatan mendapati seorang bekas pegawai kanan polis yang rapat dengan keluarga Shinawatra membantu Yingluck melarikan diri.

Sehingga kini lokasi Yingluck tidak diketahui tetapi dia dipercayai berada di Abu Dhabi, lokasi abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra tinggal. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia