Harian Metro

ANGKARA MARIA

- AFP

 Taufan ganas musnahkan Puerto Rico,

angka kematian meningkat kepada 33

Puerto Rico berdepan banjir besar semalam selepas Taufan Maria melanda pulau itu dengan angka kematian melonjak kepada 13 orang dan hampir 700 penduduk diselamatk­an.

Maria setakat ini menyebabka­n 33 kematian termasuk 15 di Republik Dominika, tiga di Haiti dan dua di Guadeloupe.

Taufan kategori tiga dengan angin sekuat 205 kilometer sejam itu kini menuju ke Kepulauan Turks dan Caicos dan Bahamas.

Gabenor Puerto Rico, Ricardo Rossello menganggap Maria sebagai taufan paling buruk dalam tempoh 100 setahun selepas ia memusnahka­n infrastruk­tur elektrik dan komunikasi. “Sebahagian pulau ini terputus komunikasi, jadi rekod 13 kematian ketika ini adalah laporan peringkat awal. “Kami kini di peringkat 24 jam selepas amaran taufan dan usaha kini adalah memastikan semua orang selamat.

“Pasukan kecemasan sudah menyelamat­kan lebih 700 mangsa yang terperangk­ap dalam banjir dan kami masih menumpukan kepada usaha itu,” katanya.

Pusat Taufan Kebangsaan memberitah­u, taufan itu membawa hujan lebat melebihi satu meter di setengah kawasan di wilayah Amerika Syarikat (AS) berkenaan.

Rossello memberi amaran mengenai risiko tanah runtuh yang dicetuskan akibat hujan lebat berkenaan.

“Banyak kawasan dilanda banjir dan kami menerima laporan mengenai kawasan perumahan yang musnah sepenuhnya. Ketika ini hujan masih lebat,” jelasnya.

Presiden AS, Donald Trump kelmarin mengisytih­arkan pulau dengan 3.4 juta penduduk itu sebagai kawasan bencana bagi membolehka­n bantuan kemanusiaa­n kecemasan disalurkan segera.

“Puerto Rico hampir musnah. Keadaan di pulau itu sangat-sangat teruk,” katanya kepada wartawan.

 ??  ?? SEBUAH kenderaan yang rosak teruk akibat diterbangk­an taufan ditemui di San Juan. - EPA
SEBUAH kenderaan yang rosak teruk akibat diterbangk­an taufan ditemui di San Juan. - EPA
 ??  ?? TIGA lelaki berjalan berhampira­n tiang elektrik yang tumbang di Luquillo, Puerto Rico kelmarin. - AFP
TIGA lelaki berjalan berhampira­n tiang elektrik yang tumbang di Luquillo, Puerto Rico kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia