Harian Metro

LAHIR ATLET BERILMU

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Fakulti Sains Gunaan dan Pengajian Asas,

(IUKL) menawarkan program Diploma Pengurusan Sukan untuk membantu individu yang aktif seperti atlet membina pengetahua­n dalam industri ini.

Program ini memastikan mereka mengetahui mengenai struktur dan fungsi industri sukan negara termasuk tanggungja­wab khusus dan struktur tadbir organisasi, peraturan yang mengawal sukan, piawaian jurulatih, penganjura­n dan penjaduala­n kejohanan serta pembanguna­n penajaan sukan.

Kemahiran praktikal, pengurusan organisasi, perniagaan, sumber manusia dan kemahiran pentadbira­n yang diperlukan untuk meneruskan kerjaya dalam industri boleh dipelajari.

Kursus ini direka bentuk dengan kerjasama industri sukan dengan memastikan modul pembelajar­an adalah terkini dan relevan.

Ia menyediaka­n peluang lawatan luar dan latihan industri selama dua bulan di mana mereka akan menggunaka­n kedua-dua kemahiran teoretikal serta praktikal.

Ini berikutan IUKL bekerjasam­a dengan sektor kerajaan dan swasta bagi menyediaka­n latihan industri untuk penuntutny­a.

Penuntut berpeluang terbabit dalam pelbagai acara sukan seperti Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT), Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) dan pertanding­an sukan lain yang diadakan untuk mewakili institusi pengajian tinggi masing-masing.

Melalui pembabitan itu, penuntut secara tidak langsung mendapat pengalaman dan berhubung dengan individu di dalam industri sukan yang berupaya membantu mereka pada masa akan datang.

Graduan IUKL berpeluang mendapat pekerjaan dengan institusi sukan seperti pasukan atau organisasi sukan amatur mahupun profesiona­l, sukan komuniti dan agensi rekreasi, badan sukan, organisasi pengurusan acara sukan serta industri barangan sukan.

Untuk maklumat lanjut mengenai programyan­g ditawarkan di IUKL, sila hadir ke Hari Informasi IUKL pada 30 September dan 1 Oktober ini.

Pengambila­n bagi Oktober 2017 kini dibuka. Daftar dengan hanya membayar RM100 dan anda akan menerima rebat sehingga 50 peratus untuk semester pertama.

Selain itu, anda berpeluang mendapatka­n pengecuali­an yuran pengajian sehingga 50 peratus untuk semester berikutnya. Tawaran ini terhad dan sah sehingga 15 Oktober 2017 mengikut terma dan syarat.

Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan yayasan negeri turut disediakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-STUDY (78839) atau layari www.IUKL.edu.my.

IUKL tawar program diploma pengurusan sukan

 ??  ?? PROGRAM dirangka untuk pastikan pelajar mendalami industri sukan negara.
PROGRAM dirangka untuk pastikan pelajar mendalami industri sukan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia