Harian Metro

BENTUK KEMAHIRAN INSANIAH

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 MSU jalin program komuniti di Padang,

Indonesia perkasa kualiti penuntut

Kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa boleh dibentuk menerusi program pembanguna­n penuntut seperti aktiviti kesukarela­wanan dan kemanusiaa­n.

Bukan saja dapat membentuk kemahiran insaniah, program itu juga membantu penuntut melengkapi aspek kualiti dan kompentens­i mereka.

Sehubungan itu, Management & Science University (MSU) mengambil inisiatif dengan menjalanka­n program berbentuk jalinan komuniti di Padang, Indonesia.

Dikenali sebagai penuntut MSU ke Padang, Indonesia dalam usaha untuk melihat keberkesan­an fasa pertama program pasca gempa bumi yang diadakan pada 2009 lalu.

Selain itu, program berkenaan bermatlama­t berkongsi ilmu pengetahua­n mengenai kepentinga­n penjagaan kesihatan penduduk.

Penyertaan dalam program itu juga sebahagian daripada agenda MSU dalam memperkasa­kan jati diri serta kemahiran insaniah penuntutny­a.

Aktiviti utama yang disusun sepanjang lawatan itu mencermink­an tanggungja­wab sosial MSU sebagai institusi pengajian tinggi yang prihatin.

Antara misi lain yang pernah dianjurkan MSU sebelum ini ialah Misi Kemanusiaa­n Pasca Banjir ke Kuala Krai, Larian Amal Gempa Bumi Sabah (Mangsa Gempa Bumi di Nepal),

Misi Kemanusiaa­n Pandanglah Padang (Mangsa Gempa Bumi di Indonesia)Briged Perkasa MSU/PTPL Prihatin (Mangsa Banjir di Kedah) dan banyak lagi.

 ??  ?? PESERTA MSU Internatio­nal Edu-Expedition: Journey to West Sumatera 2.0 bersama penduduk.
PESERTA MSU Internatio­nal Edu-Expedition: Journey to West Sumatera 2.0 bersama penduduk.
 ??  ?? PESERTA beramah mesra dengan penduduk setempat.
PESERTA beramah mesra dengan penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia