Harian Metro

Anderson tuju kejayaan buat ibu, ayah di Sri Aman

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Kuala Lumpur: “Saya tahu, emas yang saya menangi ini adalah berkat doa kedua ibu bapa saya yang jauh di Sri Aman. Mereka sepatutnya datang menyaksika­n saya tetapi disebabkan kekangan masa dan kewangan, hanya doa yang mampu mereka kirimkan buat saya,” kata Anderson Jamba selepas meraih dua emas pada hari terakhir renang di di Pusat Akuatik Nasional Bandar Sukan Kuala Lumpur, semalam.

Anderson berkata, bapanya, Jamba Dana dan ibunya, Entin Jerimin adalah pesawah dan dia faham mengapa dua individu paling disayangin­ya itu tidak dapat bersamanya ketika ini.

“Walaupun mereka tiada di sini, setiap awal pagi mereka akan menelefon saya memberikan kata-kata semangat untuk saya melakukan yang terbaik,” kata perenang berumur 30 tahun itu.

Pada saingan semalam, perenang berketurun­an Iban itu memenangi pingat emas acara 150 meter rampaian individu SM4 (lumpuh kaki) dengan catatan 3 minit 22.21 saat sekali gus memadam rekod 12 tahun yang dilakukan perenang negara, Wong Chee Kin (3:49.01s) di Manila.

Tidak berhenti setakat itu, Anderson turut menghadiah­kan pingat emas keduanya apabila mengunggul­i acara 50m kuak lentang S4 dengan merekodkan 52.06s.

“Selepas memenangi acara pertama (150m rampaian individu), saya rasa keyakinan saya semakin tinggi untuk memenangi emas kedua,” katanya.

Kejayaan dua pingat emas dan satu perak pada temasya kali ini adalah pencapaian terbaik sepanjang penyertaan­nya pada temasya itu selepas dua kali percubaann­ya di Myanmar dan Singapura berakhir dengan tangan kosong.

Mengimbau kembali bagaimana dia mula menyertai sukan renang, Anderson berkata, dia yang mengalami lumpuh ketika umurnya 14 tahun akibat demam panas bertemu seorang lagi perenang negara, Fraidden Dawan di Pusat Pemulihan Orang Upaya di Kuching pada 2004.

“Fraidden yang ajar saya berenang sebelum ini dan kami mula bersama-sama. Kebetulan juga kami sama-sama memenangi dua emas kali ini,” katanya.

 ??  ?? MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kanan) bersama Anderson di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kanan) bersama Anderson di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia