Harian Metro

DIIKTIRAF DUNIA

-

Naib Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill menepati ramalan apabila memenangi salah satu kerusi Anggota Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) di Bergen, Norway, kelmarin.

Beliau meraih 31 undi daripada 43 delegasi yang mewakili lima benua iaitu Eropah, Afrika, Amerika, Oceania dan Asia bagi penggal 2017 – 2021.

Amarjit Singh yang juga Bendahari Konfederas­i Berbasikal Asia (ACC) dan Anggota Pengurusan Eksekutif ACC mengaku sangat teruja dengan kemenangan itu.

“Kemenangan ini memberi satu pengiktira­fan kepada status Malaysia kerana dianggap sebagai sebuah kuasa gergasi sukan berbasikal di mata dunia.

“Saya berasa terharu di atas kemenangan hasil sokongan yang diberikan lima benua dan ia sangat manis kerana sudah lama Malaysia tidak menduduki kerusi Anggota Pengurusan Eksekutif UCI.

“Bapa saya, Tan Sri Darshan Singh Gill adalah rakyat Malaysia terakhir menduduki kerusi Anggota Pengurusan Eksekutif UCI (1996- 2005). Sekarang, saya pula mengikuti jejak langkahnya. Sesungguhn­ya ini adalah satu kemenangan yang sangat luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ditanya mengenai perancanga­n sebagai Anggota Pengurusan Eksekutif UCI, Amarjit Singh menjelaska­n beliau akan memperjuan­gkan hak Asia sebagai kuasa sukan berbasikal dunia.

“Ketika ini, benua Asia mempunyai pelbagai isu dan di sinilah saya akan bertindak sebagai jurucakap kepada semua persatuan berbasikal kebangsaan

 Amarjit tekad perjuang hak Asia

selepas menang kerusi UCI

Asia.

“Sudah semestinya saya juga akan memberi keutamaan kepada isu yang membabitka­n penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelumba di seluruh dunia. Saya harap semua misi saya akan berjaya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada kongres ke-186 UCI itu, David Lappartien­t

daripada Perancis diumumkan sebagai Presiden UCI yang baru apabila menewaskan penyandang, Brian Cookson dari Britain dengan jumlah undi 37-8.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia