Harian Metro

BINTANG PALING BERHARGA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Verstappen lakar sejarah, pelumba termuda raih mata di GP Malaysia pada usia 17 tahun

Bagi seorang pemandu, tidak semestinya memenangi perlumbaan dalam saingan Formula Satu (F1) menjadi detik paling indah dan sukar dilupai dalam karier mereka.

Sebaliknya, ada beberapa detik penting yang kekal diingati oleh pemandu dan perkara seperti itu pernah berlaku di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Mengorak sejarah dua tahun lalu, nama Max Verstappen tiba-tiba meniti di bibir peminat F1 apabila pada usia 17 tahun dan 166 hari, dia muncul pelumba termuda beraksi pada perlumbaan berprestij itu dengan membuat penampilan pertama di Grand Prix (GP) Australia bersama pasukan Toro Rosso.

Anak kepada bekas pemandu F1, Jos Verstappen itu tidak perlu menunggu lama untuk melakar satu lagi sejarah pada pusingan kedua di GP Malaysia.

Dia muncul pemandu termuda meraih mata selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh, satu pencapaian di luar jangkaan ramai.

Malah, bekas juara dunia, Jacques Villeneuve pernah mengkritik kehadiran Max pada saingan F1 di usia yang terlalu muda.

Selepas itu, kejayaan demi kejayaan diraih Verstappen yang kini dilabel sebagai bintang masa depan paling berharga.

Bekas juara dunia, Fernando Alonso juga pernah melakar sejarah di SIC.

Beraksi pada musim pertama dengan Renault pada 2003, dia berjaya meraih petak paling depan untuk kali pertama dalam kariernya di SIC, sekali gus muncul pelumba termuda meraih pencapaian sedemikian.

Bagaimanap­un, nasib kurang menyebelah­i juara dunia dua kali dari Sepanyol itu yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Pemenang perlumbaan itu adalah Kimi Raikkonen (McLaren Mercedes).

Apa yang menarik mengenai kemenangan Raikkonen itu? Sebab ia adalah kemenangan pertama dalam kariernya!

 ??  ?? KEMUNCULAN awal Verstappen dikritik Villeneuve.
KEMUNCULAN awal Verstappen dikritik Villeneuve.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia