Harian Metro

Laluan sukar Chong Wei berdepan pemain China

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei menjangka, dia akan berdepan perlawanan sukar apabila turun menentang pemain China, Shi Yuqi

dalam aksi separuh akhir Terbuka Jepun, hari ini.

Chong Wei semakin hampir dalam misi memburu gelaran ketujuh Terbuka Jepun selepas mengesahka­n tempat ke separuh akhir dengan mengetepik­an cabaran pilihan keempat dari Taiwan, Chou Tien Chen 21-11, 15-21, 21-19, semalam.

Chong Wei sedang dalam usaha membina semula tahap keyakinann­ya susulan kekalahan mengejut di pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, bulan lalu.

“Apabila sudah mara ke separuh akhir, sudah pastinya perlawanan akan bertambah sukar. Dengan usia saya yang semakin meningkat dan menentang pemain yang lebih muda, ia memang akan menjadi perlawanan yang sukar.

“Saya perlu lebih fokus esok (hari ini). Saya tidak mahu fikir banyak sebaliknya fokus satu demi satu perlawanan,” kata Chong Wei ketika dihubungi di To-

(gambar)

kyo, semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu sudah enam kali bergelar juara Terbuka Jepun bermula 2007, 2010, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Bagi jurulatih yang mengiringi Chong Wei di Tokyo, Tey Seu Bock, pemain itu belum mencapai tahap prestasi sebenarnya tetapi menunjukka­n peningkata­n dalam setiap perlawanan.

“Sekarang bukan lagi soal siapa lawan Chong

Wei tetapi lebih kepada dirinya sendiri. Dia secara perlahan mendapat semula keyakinann­ya dan saya harap ia akan terus meningkat apabila dia bertemu Sho Yuqi,” katanya.

Bagaimanap­un, nasib tidak menyebelah­i beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew

Sin yang tersingkir di suku akhir.

Mereka tewas kepada pasangan Jepun, Takuto Inoue-Yuki Kaneko

15-21, 18-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia