Harian Metro

KERANA MINAT...

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Bermain konsol permainan video Play Station 4 (PS4) adalah satu perkara biasa bagi anak muda zaman sekarang, tetapi membina perniagaan dengan membuka kedai permainan video berkenaan bukan sesuatu yang lazim.

Tetapi itulah yang dilakukan pakar pukulan sudut penalti skuad hoki negara, Muhammad Shahril Saabah yang boleh berbangga kerana berjaya membuka kedai permainan video seawal usianya 23 tahun di Taman Bukit Indah, Ampang.

Menceritak­an detik bagaimana timbulnya idea untuk membuka kedai permainan video yang dinamakan Battlezone 01 itu, Shahril berkata ia sudah lama berada dalam kotak fikirannya.

“Saya serta rakan sepasukan lain memang sinonim dengan permainan PS4. Jadi saya mula terfikir elok juga jika buka perniagaan ini.

“Ketika beraksi di saingan Separuh Akhir

Liga Hoki

Dunia di London, Jun lalu, saya sudah mula terfikir untuk serius membuka kedai permainan video.

“Justeru, apabila pulang ke Malaysia, saya segera membeli barang-barang keperluan dan kemudian mencari lokasi strategik.

“Saya mendapati kawasan di Bukit Indah, Ampang adalah lokasi paling strategik dan akhirnya membuat keputusan menyewa kedai di kawasan berkenaan sebelum membukanya pertengaha­n bulan lalu,” katanya.

Jelas Shahril, dia sememangny­a serius dengan perniagaan­nya itu dan sanggup berbelanja kira-kira RM70,000 demi untuk memenuhi cita-citanya. “Saya perlu membeli 10 konsol permainan PS4 dan kemudian 10 buah televisyen.

“Itu tidak termasuk lagi modal untuk membeli barang lain seperti sofa serta kos membaik pulih kedai.

“Anggaran kos untuk semua itu adalah kira-kira RM70,000. Wang ini adalah hasil daripada yang saya kumpul selama ini,” katanya.

Dia juga menepis tanggapan negatif mengenai kedai permainan

 Shahril sanggup berhabis RM70,000 demi penuhi cita-cita buka kedai permainan video

video apabila menerapkan konsep lebih terbuka dan santai.

Shahril berharap dengan langkah besar yang dilakukann­ya itu, perniagaan­nya dapat terus berkembang dan bertahan lama.

“Semua sedia maklum karier untuk seorang atlet itu tidak bertahan lama. Pada usia 30 hingga 35 tahun rata-ratanya pasti akan bersara.

“Begitu juga dengan saya dan atas sebab itu saya melakukan persediaan awal dengan cuba menjalanka­n perniagaan ini.

“Supaya apabila bersara nanti saya mempunyai pendapatan yang stabil,” katanya yang mendapat sokongan padu ahli keluargany­a sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia