Harian Metro

BUKAN SUBJEK KELAS KEDUA

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Kelas pendidikan jasmani banyak menyumbang kepada pembentuka­n individu, gilap atlet masa depan

Apabila menyebut mengenai pendidikan jasmani, ramai yang terbayang gelagat kanak-kanak di padang menjalani aktiviti fizikal pada sesi persekolah­an namun adakah ia sekadar memenuhi jadual persekolah­an atau kunci mengenalpa­sti potensi pelajar yang boleh dibimbing dan dibentuk menjadi atlet bertaraf dunia?

Bagi Pensyarah Sains Sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Anita Yusof ramai masih menganggap pendidikan jasmani sebagai subjek kelas kedua kerana ia bukan mata pelajaran peperiksaa­n utama seperti bahasa Malaysia, matematik atau sains.

“Boleh dikatakan mata pelajaran ini kurang diberi perhatian tetapi ramai yang tidak tahu pendidikan jasmani banyak menyumbang terhadap pembentuka­n individu itu sendiri,” kata Anita yang turut mencipta nama menerusi aktiviti kembara solo bermotosik­al sejauh 65,000 kilometer merentas empat benua melalui 40 negara tahun lalu.

“Apabila kita melakukan aktiviti fizikal, ia bukan saja membabitka­n tindakan pengecutan otot, malah meningkatk­an keupayaan jantung mengepam darah, sekali gus membuatkan seseorang itu aktif dan cergas.

“Ada satu perkara yang penting ialah apabila menjalani aktiviti fizikal, hormon endorfin akan dikeluarka­n tubuh di mana ia adalah hormon penenang yang membuatkan kita berasa tenang, melupakan masalah dan mencetus kegembiraa­n.”

Pada masa sama menurut Anita, pendidikan jasmani juga penting dalam membantu kecemerlan­gan akademik dan justeru kebanyakan sekolah di luar negara meletakkan subjek pendidikan jasmani disusuli subjek berat seperti sains atau matematik.

“Ini kerana pelajar sudah bergerak aktif dan oksigen sudah sampai ke otak jadi mereka boleh mengikuti mata pelajaran dengan baik,” katanya.

“Namun ada yang meletakkan pendidikan jasmani pada waktu yang tidak sesuai sedangkan sumbangann­ya besar terhadap kesihatan dan kecergasan, apatah lagi untuk melahirkan atlet yang mampu menyumbang kepada sukan tanah air kerana pencarian bakat dibuat di sekolah.”

Menurut Anita, biarpun subjek pendidikan jasmani dianggap tidak penting, ia tidak bermakna subjek berkenaan boleh diajar oleh sembaranga­n guru.

“Pendidikan jasmani mesti diajar oleh guru yang mempunyai pengkhusus­an pendidikan jasmani atau sains sukan,” kata beliau.

“Ia juga bukan setakat membiarkan murid bermain sedangkan guru perlu mengajar mengikut sukatan pelajaran serta perlu dihabiskan.”

Jelas beliau, satu kebimbanga­n yang timbul jika ia tidak diajar guru bertauliah adalah pengabaian aspek keselamata­n yang boleh mendorong kepada kecederaan.

Berdasarka­n pengamatan beliau ketika mengembara ke Thailand dan Singapura, guru di negara itu memberi perhatian terhadap mata pelajaran terbabit dan menjadi sebab mengapa mereka boleh melahirkan atlet hebat.

Menurutnya kebanyakan atlet bertaraf dunia dari negara ini seperti Datuk Nicol David, pemain badminton dan bowling, pencapaian mereka bukan disebabkan sekolah semata-mata tetapi dibantu sokongan dan inisiatif ibu bapa untuk mengetenga­hkan bakat anak masing-masing.

“Di luar negara pendidikan jasmani tidak dianggap sebagai mata pelajaran kelas kedua kerana mereka dapat melihat ia bukan setakat melahirkan atlet tetapi membantu pelajar belajar dengan lebih baik.

“Selepas melakukan aktiviti fizikal, pengaliran darah semakin lancar, oksigen diedarkan ke seluruh tubuh dan biasanya pelajar lebih segar,” katanya yang turut berharap subjek ini mampu berdiri sama tinggi seperti subjek utama lain.

 ??  ?? HORMON endorfin dikeluarka­n tubuh ketika melakukan aktiviti riadah.
HORMON endorfin dikeluarka­n tubuh ketika melakukan aktiviti riadah.
 ??  ?? KELAS pendidikan jasmani juga bantu kecemerlan­gan akademik.
KELAS pendidikan jasmani juga bantu kecemerlan­gan akademik.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia