Harian Metro

BALAS DENDAM!

-

 Klopp mahu tebus duka

kekalahan Piala Liga

Jurgen Klopp sedang mencuba yang terbaik untuk kekal positif tetapi September jelas sekali bulan paling mengecewak­an buat Liverpool setakat ini dan mereka mengharapk­an perubahan segera di Leicester awal pagi esok.

Skuad Klopp menamatkan kempen Ogos dengan semangat tinggi hasil kemenangan meyakinkan 4-0 ke atas Arsenal tetapi empat perlawanan selepas itu menyaksika­n mereka gagal mencatat sebarang kemenangan dan tersingkir dari Piala Liga di tangan Leicester.

Leicester ternyata terlalu hebat dengan kemenangan 2-0 ke atas Reds, yang kehilangan momentum Liga Perdana Inggeris yang memulakan hujung minggu ini di tangga kelapan, lima mata di belakang pendahulu.

Namun Klopp menolak dakwaan pemainnya lembik dan beliau mempunyai bukti untuk menyokongn­ya.

Mereka bangkit daripada bolos gol pertama untuk seri 1-1 dengan Burnley di laman sendiri pada aksi Liga Perdana hujung minggu lalu, tiga hari selepas melakukan kebangkita­n sama untuk mengikat Sevilla 2-2 di Anfield pada aksi Liga Juara-Juara.

Bagaimanap­un, kebimbanga­n terbesar adalah kepincanga­n Liverpool di bahagian pertahanan.

Mereka bolos 10 gol dalam empat perlawanan terakhir malah diburukkan lagi dengan penarikan diri Dejan Lovren pada dua perlawanan terakhir berikutan sakit belakang.

Lovren terpilih kesebelasa­n utama untuk kedua-dua perlawanan menentang Burnley dan Leicester sebelum menarik diri.

Ragnar Klavan menggantik­an tempatnya manakala pada awal pagi Rabu Joe Gomez digerakkan ke bahagian bek tengah manakala Jon Flanagan dipanggil semula untuk beraksi di posisi pertahanan.

Lovren dikhuatiri tidak dapat beraksi awal pagi esok manakala bek tengah Joel Matip dan pemain tengah Emre Can juga mengalami kecederaan kecil dan membayangk­an pilihan Klopp mungkin sekali lagi terhad.

Pengurus itu bagaimanap­un tetap yakin dengan kekuatan mental skuadnya.

“Ya, kami mempunyai karakter yang tepat. Mereka sudah membuktika­nnya beratus kali,” kata Klopp.

“Ia seolah-olah kami tidak mempunyai sebarang mata dan pasukan terburuk liga. Ya, jelas sekali kami mempunyai masalah. Itulah sebabnya kami mempunyai lapan mata dan bukannya 15. Itulah situasinya.”

 ??  ?? KLOPP (tengah) optimis anak buah pamer aksi positif.
KLOPP (tengah) optimis anak buah pamer aksi positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia