Harian Metro

Suku akhir kedua ada kejutan?

-

sekian lama saya tidak merasakan kehangatan sebegini di dalam kancah bola sepak Malaysia. Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2017 kembali memuncak dengan situasi istimewa selepas beberapa keputusan yang begitu menarik di perlawanan pertama.

Yang menariknya adalah jumlah jaringan gol yang dapat di capai beberapa pasukan. Bekalan ‘away goals’ seperti yang dicapai pasukan pilihan, Johor DT, Kedah dan PKNP sudah meletakkan ketiga-tiga pasukan itu sebagai calon separuh akhir. Sementara itu, Pahang pula berbekal kelebihan dua gol apabila berkunjung ke Stadium Perak di Ipoh.

Perlawanan di Stadium Hang Jebat di antara pasukan juara Liga Super 2017, Johor DT dan Melaka United sudah dijangka memihak kepada Harimau Selatan. Dengan keputusan 4-1 memihak kepada Johor DT maka perlawanan di Stadium Larkin pula bakal menjadi pesta gol sekali lagi. Selepas mempamerka­n satu persembaha­n yang hebat di separuh masa pertama perlawanan Liga Super menentang Kelantan pertengaha­n minggu dan menjulang trofi teristimew­a kejuaraan maka Johor DT harus meletakkan petanda psikologi ke atas Piala Malaysia.

Air muka beberapa pemain yang hanya sekadar perhiasan pasukan Johor DT jelas kelihatan malu kerana tidak memainkan peranan ketika mereka dinobatkan selaku juara. Pemain seperti S Chanturu, Nazmi Faiz Mansor, Gopinathan serta Azamuddin Akil tidak boleh berpuas hati dengan menjadi pemain pilihan ketiga di dalam skuad. Sekiranya ada di antara pemain itu diturunkan menentang pasukan Melaka maka gunakanlah peluang ini untuk mencari majikan baru. Atau mungkin pemain terbabit sudah puas hati sekadar menjadi pemain profesiona­l sambilan?

FELDA United pula bangkit selepas dimalukan di tempat sendiri oleh PKNP di suku akhir pertama dengan kemenangan ke atas Kedah di Liga Super. Adakah FELDA sudah memberi yang terbaik sebelum perlawanan suku akhir kedua menentang PKNP?

PKNP pula mempunyai pemain penyerang yang menjadi ‘natural finisher’ terbaik di Malaysia dan FELDA harus mempunyai strategi bagaimana mengunci Shahrel Fikri

Pemain itu tidak akan menjadi pilihan ramai jurulatih kerana tidak mempunyai saiz seperti Darren Lok atau Jafri Chew Abdullah tetapi keistimewa­annya terletak pada gerakan ketika dia menjaringk­an gol.

Pertemuan yang menarik menanti kita dengan kehadiran sekurang-kurangnya sebuah pasukan kelab di separuh akhir.

Pahang pula akan berdepan ribut di Stadium Perak apabila tuan rumah beraksi di ‘final’. Itulah bayangan terbaik perlawanan antara Perak dan Pahang. Walaupun ketinggala­n dua gol tetapi gol jaringan di Kuantan bakal membantu semangat pemain Perak. Adalah tidak mustahil bagi Perak untuk mara ke separuh akhir walaupun perlu mencari kemenangan minimum dua gol tanpa bolos.

Perlawanan paling berkualiti peringkat suku akhir pertama berlangsun­g di Stadium Selayang di mana pasukan tuan rumah, Selangor tewas di tangan Kedah. Perlawanan itu menampilka­n corak aksi kompetitif serta berlangsun­g dalam tempo tinggi.

Kedah beraksi secara bertahan sejak mula dan ia agak mengejutka­n tuan rumah. Penyerang Selangor, Francis Forkey Doe sekali lagi longlai manakala Rufino Segovia pula memerlukan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia