Harian Metro

‘TIADA MASALAH’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim menganggap penambahan kuota lima pemain import Liga Malaysia (Liga-M) musim depan tidak akan membebanka­n jika setiap pasukan berbelanja secara berhemah.

Katanya, penggunaan pemain import adalah bergantung kepada keperluan setiap pasukan dan mereka boleh membuat pilihan berdasarka­n kemampuan kewangan masing-masing.

“Pada saya, penambahan pemain import bukan satu bebanan. Kalau pasukan tak mampu, tak perlu ambil sehingga lima pemain import. Itu hanya syarat maksimum bukan wajib guna lima pemain import. Jangan kita berebut nak pakai pemain import tapi selepas itu gaji tiga bulan tak bayar.

“Sekarang FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sudah mengumumka­n kuota pemain import itu, jadi semua pasukan sudah boleh mengatur perbelanja­an mereka musim depan. Pemain import dari Asia Tenggara tak semahal pemain import dari negara lain tapi jika kita ambil pemain utama dari Thailand, sudah pasti lebih mahal gajinya berbanding pemain dari Afrika dan Brazil yang tak dikenali,” katanya kepada Arena Metro.

FAM sebelum ini mengumumka­n mengenai pertambaha­n kuota seorang pemain import dari Asia Tenggara berbanding hanya empat pemain import dalam usaha untuk meningkatk­an nilai Liga-M bukan saja di peringkat domestik malah antarabang­sa.

Bagaimanap­un, mengikut cadangan awal, pemain import dari negara rantau ini itu perlu memiliki reputasi baik dan sekurang-kurangnya 30 cap bersama skuad kebangsaan.

Zakaria yang sebelum ini pernah menguruska­n penyerang kebangsaan, Safee Sali berpindah ke kelab Indonesia Pelita Jaya FC pada 2010 berkata, alasan kemasukan lebih ramai pemain

 Zakaria akui penambahan kuota import tidak membebanka­n

sekiranya setiap pasukan berbelanja secara berhemah

import bakal menyukarka­n peluang pemain tempatan tidak boleh diterima.

“Kalau diikutkan tahap permainan antara pemain tempatan dengan pemain dari negara jiran tak jauh beza tapi untuk tujuan pemasaran dan promosi liga pada saya bagus, boleh dilakukan jika itu yang sudah ditetapkan oleh pentadbir liga kita.

“Tapi jika ada rungutan prestasi pemain tempatan merosot sebab ramai pemain import pada saya itu tak betul, sebab tugas jurulatih membentuk pemain, beliau perlu pilih pemain tempatan terbaik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia