Harian Metro

Wan Zack optimis FELDA boleh

-

Kuantan: Pemain tengah FELDA United FC, Wan Zack Haikal Wan Noor percaya kelab itu akan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dengan syarat perlu beraksi cemerlang di Stadium Shah Alam, malam esok.

Wan Zack Haikal berkata, kelebihan yang dimiliki Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dengan kemenangan 3-1 pada suku akhir pertama piala itu tidak memadam misi kelab untuk mengisi empat slot terbaik.

Justeru, katanya, fokus utama adalah memperkasa­kan jentera serangan dan tengah dalam usaha mendapatka­n gol awal sebagai motivasi kepada pasukan.

“Kami tidak boleh membiarkan lawan mengawal permainan sebaliknya sebaik perlawanan bermula, gol awal perlu dicari sebagai pencetus kebangkita­n.

“Biarpun ia dilihat mustahil kerana PKNP FC berjaya menjaringk­an tiga gol, tapi saya tetap percaya peluang FELDA United masih terbuka,” katanya semalam.

Mengulas pertukaran aksi di Stadium Shah Alam, Wan Zack Haikal berkata, ia turut membantu kerana beraksi di gelanggang berkecuali berbanding di tempat lawan.

Bagaimanap­un, dia mengaku pemain lawan sudah pasti tidak tertekan kerana mereka juga tidak berhadapan dengan penyokong sendiri.

“Tapi segala-galanya kini lebih kepada komitmen tinggi semua rakan sepasukan untuk cuba meraih kemenangan besar ke atas PKNP FC.

“Fokus utama sepanjang tempoh 90 minit nanti ialah kami perlu lebih agresif di bahagian serangan dan tidak sesekali membenarka­n lawan untuk membolosi gawang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia