Harian Metro

TRW tiada pilihan kecuali benam PKNS

- Mohamad Zulhairie Manzaidi sukan@hmetro.com.my Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kelantan tidak ada pilihan kecuali menang perlawanan menentang PKNS FC, Rabu ini untuk kekal dalam Liga Super, kata Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan

(gambar).

Beliau menyifatka­n pertemuan itu sebagai perlawanan akhir memandangk­an kedudukan pasukan The Red Warriors (TRW) yang sudah berada di hujung tanduk.

Ketika ini, TRW menduduki tempat ke 10 dalam liga selepas mengharung­i 20 perlawanan dengan catatan 18 mata menerusi enam kemenangan, tiga seri dan 11 kekalahan.

Usahawan itu juga mahu semua pemain bertanggun­gjawab dan menggalas tugas masing-masing dengan baik untuk beraksi pada perlawanan itu nanti.

“Saya minta pemain... tolonglah jangan hampakan penyokong anda dan beraksi sebaik mungkin untuk memenangi perlawanan ini serta baki yang ada.

“Anda mempunyai tanggungja­wab untuk pastikan Kelantan kekal dalam saingan. Penyokong juga saya harap dapat bersatu untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada TRW.

“Datanglah ke

stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan,” katanya.

Kelantan mempunyai baki dua perlawanan iaitu menentang PKNS FC, Rabu ini di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu serta Melaka United pada 21 Oktober.

Dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (Johor DT) di Stadium Larkin, TRW tewas 0-3 sekali gus menyaksika­n tuan rumah muncul juara Liga Super buat kali keempat berturut-turut.

Bibi Ramjani juga dalam usaha menyelesai­kan urusan pendaftara­n pasukan yang perlu memenuhi beberapa syarat termasuk berkaitan soal kewangan.

Sebelum ini, beliau menjelaska­n bahawa pihaknya masih berunding dengan beberapa syarikat termasuk tiga syarikat multinasio­nal untuk membantu KAFA. Batu Kawan: Impian Pulau Pinang untuk kekal dalam Liga Super tahun depan akhirnya terkubur selepas tewas 0-2 di tangan T-Team.

Kekalahan kali ke-14 dengan hanya sekadar memperoleh tiga kemenangan dan tiga seri untuk mengumpul 12 mata mengakibat­kan skuad Harimau Kumbang gagal keluar dari zon penyingkir­an.

Peluang beraksi di laman sendiri gagal digunakan sebaik mungkin oleh Pulau Pinang untuk mengutip tiga mata dan anak buah Zainal Abidin Hassan sering mensia-siakan peluang menjaringk­an gol.

Bagi Zainal sendiri, kekecewaan jelas dirasai kerana anak buahnya tidak mempamer prestasi yang diharapkan kerana peluang Pulau Pinang menang dalam perlawanan itu terbuka luas.

“Ia perhitunga­n hidup dan mati bagi Pulau Pinang tetapi kekalahan ini mengakibat­kan kami terpaksa ke Liga Perdana musim depan.

“Mental pemain dilihat terlalu rapuh dan banyak kesilapan dilakukan termasuk beberapa pemain gagal mempamerka­n prestasi sebenar,” katanya.

Mengenai kedudukan pemain Pulau Pinang termasuk dirinya sendiri sebagai ketua jurulatih, beliau menyerahka­n sepenuhnya kepada Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) untuk membuat keputusan.

Pulau Pinang tewas di tangan T-Team apabila gol pertama pelawat dijaringka­n Muhamad Fauzi Abdul Kadar pada minit ke-28 selepas memperoleh peluang hasil kesilapan penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani yang gagal menangkap kemas.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia