Harian Metro

Ernie mula rasai kemanisan

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Laluan untuk mencapai impian semakin terbuka luas

Pernah dinobatkan juara Bintang RTM pada 2009, Ernie Zakri pernah putus harap dengan nasibnya dan hampir saja mengikut kata hati untuk menyerah kalah.

Dia terkilan kerana lagu demi lagu yang dihasilkan dipandang sepi oleh peminat seni suara tanah air. Tapi kini tuah mula menyebelah­inya apabila lagu Jangan Marah ciptaan DJ Fuzz dan lirik oleh kumpulan Viral mula mendapat perhatian hingga menjadi siulan ramai.

Ernie juga menyertai pertanding­an Duo Star dengan Syamel dan menghasilk­an lagu duet bersama dengan judul

Aku Cinta. Ternyata lagu itu juga sangat membantu melonjakka­n nama mereka berdua di persada seni.

“Alhamdulil­lah saya bersyukur. Ia secara tidak langsung menyuntik semula semangat saya untuk kembali gigih memacu kerjaya seni suara,” katanya.

Terjun ke dunia nyanyian secara profesiona­l pada usia 17 tahun, dalam setiap tutur kata diluahkan

Ernie sudah cukup menggambar­kan kematangan­nya sebagai anak seni.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri gembira kerana laluannya kini untuk mencapai impian semakin terbuka luas. Kini masa untuknya membuktika­n kemampuan sebagai penyanyi.

“Tidak dinafikan nama saya agak lambat untuk naik dan dikenali. Perjalanan kerjaya saya agak perlahan. Tetapi berkat kesabaran dan usaha tidak jemu itu membuahkan hasil apabila single Jangan Marah mula mendapat tempat.

“Bagaimanap­un, saya tidak boleh selesa dengan ruang yang saya ada sekarang. Saya mesti gunakan sebaik mungkin untuk mengejar cita-cita yang pernah diimpikan satu ketika dulu. berkenaan.

“Bagi saya dangdut dan irama Malaysia adalah akar umbi muzik yang memeriahka­n industri kita satu masa dulu dan bukannya irama muzik pop atau reggae sematamata.

“Jujurnya, saya sendiri ternanti-nantikan kehadiran lagu sebegini. Bagi saya, kalau ada memang tambah meriah dan seronok kerana terdapat banyak pilihan lagu,” katanya.

Ernie juga bangga dengan pencapaian bapa saudaranya,

Anuar Zain begitu juga ibu saudaranya, Ziana

Zain dalam dunia seni kerana sejak dulu sampai sekarang lagu mereka daripada aliran yang sama.

“Mereka tidak terlalu mengikut selera pendengar masa kini. Setiap kali Anuar muncul dengan lagu baru, ia tetap diterima baik semua orang.

“Bagi saya, tidak salah mengikut peralihan muzik tetapi sebagai penyanyi, kita juga tidak boleh melupakan genre pilihan yang tepat dengan cita rasa termasuk vokal sendiri.

“Menjadi versatil itu memang perlu kerana ia adalah kebolehan kita menyanyika­n pelbagai genre dengan cara tersendiri. Bagaimanap­un, ia tetap bergantung pada rezeki.

“Namun, saya juga tidak salahkan pendengar kerana tanggungja­wab untuk mengubah situasi ini sebenarnya digalas oleh penyanyi. Dalam soal ini, penyanyi itu sendiri yang perlu bijak ‘mengajar’ pendengar untuk menerima semua jenis lagu dihasilkan,” katanya.

 ??  ?? Saya juga percaya penyanyi perlu yakin dengan genre pilihannya. Seperti saya, boleh saja menyanyika­n genre lain tetapi fokus utama tetap pada aliran yang sesuai dan menjadi pilihan saya
Saya juga percaya penyanyi perlu yakin dengan genre pilihannya. Seperti saya, boleh saja menyanyika­n genre lain tetapi fokus utama tetap pada aliran yang sesuai dan menjadi pilihan saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia