Harian Metro

Rafiena sanjung Ferdinand

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Ketiadaan kelibat dalam produksi drama dan filem bukan bermakna Datuk Rafiena Ezanee Ramli sudah mengucapka­n selamat tinggal kepada dunia lakonan tetapi dunianya kini banyak berlegar dengan menguruska­n produksi miliknya, Darkwave Pictures Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 2008.

Biarpun masanya agak terbatas dalam menguruska­n kerjaya sebagai penerbit kini, pelakon yang terakhir kali beraksi dengan membawa watak utama menerusi drama rantaian 50 episod, Perempuan Dalam Pasungan pada 2014 itu berkata, dia tidak pernah lupa untuk melakukan aktiviti sukan.

Malah, dia sangat aktif bersukan dan sukan berkuda atau polo antara sukan yang pernah dilakukan.

“Zaman sekolah saya memang terbabit dengan sukan seperti hoki, bola jaring, lari berpagar dan lompat tinggi. Dengan bersukan, saya dapat mengekalka­n tubuh badan yang sihat. Begitu juga den- gan kesihatan mental yang sentiasa segar dan fikiran tidak terganggu.

“Saya juga aktif dalam sukan berkuda tetapi sudah lama sebenarnya tidak bersukan selepas sibuk menguruska­n kerja selama ini,” katanya yang baru menghabisk­an drama bersiri 13 episod, KL Meroyan yang akan ditayangka­n di RTM.

Apabila ditanya berkenaan bola sepak, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini lantas berkata, permainan bola sepak di Malaysia semakin terkenal walaupun masih memerlukan perjalanan jauh untuk setanding dengan pasukan dari Brazil, Argentina, Jerman, England dan Perancis.

“Saya akui tidak pernah bermain bola sepak. Tetapi jika ditanya nama pemain saya tahu kerana memang sering mengikuti perkembang­annya.

“Bagi saya, pemain terhebat adalah Rio Ferdinand.

Dia seorang yang sentiasa dilihat tenang ketika bermain dan tidak panik di saat-saat genting.

“Sepanjang mengikuti perkembang­an kerjaya bola sepaknya sebelum mengumumka­n persaraan pada

Mei 2015, dia seorang pemain Tendangan Ferdinand juga sangat kuat sehingga mampu menendang bola dari jarak jauh untuk dihantar kepada rakan sepasukan,” katanya.

Katanya, sepanjang menjaga benteng pertahanan, pihak lawan memang sukar

 ??  ?? RIO FERDINAND
RIO FERDINAND
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia