Harian Metro

KELAHIRAN SEMULA RAUL

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Dia memulakan gerakan mengasak ke kubu Real Sociedad dan dia jugalah yang tenang melepaskan rembatan untuk membolehka­n Real Madrid mendahului 1-0 dalam aksi Liga Sepanyol Isnin lalu, seterusnya membuka mata buat semua peminat bola sepak di seluruh dunia.

Bagi peminat Real mereka mungkin sudah biasa dengan nama Borja Mayoral tapi jaringan sulung yang dilakukan pemain berusia 20 tahun itu menambahka­n lagi keyakinan mereka bahawa bintang muda itu mampu pergi jauh dan mencipta nama di Santiago Bernabeu.

Gol yang dijaringka­n itu sediki sebanyak mengubat rindu penyokong Real kepada dua penyerang sensasi mereka satu ketika dulu, Raul Gonzalez dan Fernando Morientes.

Penulis ESPN, Rob Train awal-awal lagi sudah membuat ramalan bahawa Mayoral mampu menjadi Raul baru, iaitu penyerang yang memang dilahirkan dari akademi Real serta mempunyai kelebihan persis legenda Sepanyol itu.

Lebih menarik wartawan tersohor yang menulis untuk UEFA.com Richard Martin pula mengkelask­an pemain kelahiran Parla itu, diibaratka­n sebagai seekor haiwan pemakan bangkai yang tidak mempunyai belas kasihan ketika berada dalam kawasan lawan kerana sentuhan pemusnah ketika menjaringk­an gol.

Kedua-dua kenyataan itu dikukuhkan lagi dengan komen bersahaja dari pengurus Real sendiri, Zinedine Zidane bahawa Mayoral adalah seorang penyerang yang akan menjaringk­an gol setiap kali memperoleh peluang untuk melepaskan rembatan.

Pemain yang pernah dipinjamka­n ke VfL Wolfsburg itu juga menjadikan Raul dan

Karim Benzema sebagai inspirasi, untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang penyerang hebat bukan saja buat Real tapi skuad kebangsaan Sepanyol yang semakin ketandusan penyerang tulen.

Walaupun baru menyumbang satu gol dalam dua penampilan musim ini, rata-rata media di Eropah mula memainkan cerita sensasi bahawa Real tidak perlu lagi mencari penyerang baru selepas Benzema dan Cristiano Ronaldo dibelenggu masalah kecederaan.

Selepas aksi menentang Sociedad, Mayoral mengakui sendiri dia menerima banyak ucapan tahniah di atas persembaha­n cemerlang dan paling istimewa dari idolanya, Benzema.

“Saya menerima begitu banyak ucapan tahniah tapi salah satu yang saya sangat hargai ialah dari Benzema kerana saya memang meminatiny­a,” katanya.

Satu gol memang mampu mengubah perjalanan karier seseorang bagi Mayoral apa yang dilakukan Isnin lalu, mengukuhka­n lagi kedudukann­ya di

Real untuk sekurangku­rangnya menjadi penyerang gantian.

Dalam laman web rasminya, Mayoral membuktika­n bahawa kehidupann­ya bukan hanya terarah kepada bola sepak saja, kerana sama seperti remaja lain, dia juga meminati muzik terutama lagu dendangan Pitbull yang berkolobra­si bersama Jacob Forever, Hasta Que Se Seque El Malecon.

Dia juga meminati pelakon Will Smith dan Margot Robbie, manakala permainan video kegemarann­ya ialah konsol Play Station 4 dan sentiasa menghabisk­an masa bermain permain video, FIFA.

Mayoral juga mengakui meminati sukan tenis dan idolanya adalah pemain sensasi Sepanyol, Rafael Nadal.

 ??  ?? MAYORAL
PROFIL
Nama penuh: Borja Mayoral Moya
Tarikh lahir: 5 April 1997
Tempat lahir: Parla, Spain
Tinggi: 183sm
Posisi: Penyerang Kelab semasa:
Real Madrid
Nombor jersi: 21 Pasukan kebangsaan: Sepanyol B-21 (13 caps, 3 gol)
MAYORAL PROFIL Nama penuh: Borja Mayoral Moya Tarikh lahir: 5 April 1997 Tempat lahir: Parla, Spain Tinggi: 183sm Posisi: Penyerang Kelab semasa: Real Madrid Nombor jersi: 21 Pasukan kebangsaan: Sepanyol B-21 (13 caps, 3 gol)
 ??  ?? MEMBANTU Real menumpaska­n Sociedad Isnin lalu.
MEMBANTU Real menumpaska­n Sociedad Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia