Harian Metro

Nad tetap sokong pulau pinang

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Prestasi dan keputusan yang dapat dilihat dalam saingan musim ini menyaksika­n Pulau Pinang agak bergelut bagi saingan Liga Super namun Nur Natrah Sari mengakui bahawa pemain sudah memberikan yang terbaik di setiap perlawanan.

Penyokong setia Pulau Pinang ini yakin kesemua pemain menggalas tanggungja­wab dengan baik dalam setiap perlawanan walaupun sekarang ini menghuni tangga tercorot Liga Super.

“Bagi saya setiap kali berdepan mana-mana pasukan pemain sentiasa menunjukka­n sikap yang sangat terpuji. Bertemu pasukan yang jauh lebih baik bukanlah satu tugas mudah,” katanya yang berusia 25 tahun dan berasal dari Bayan Lepas.

Ujarnya, walaupun di ambang bahaya tersingkir ke Liga Perdana pemain sudah membuktika­n kepada penyokong bahawa mereka sentiasa berusaha dan tidak kenal putus asa.

“Saya harap mereka mampu kekal dalam saingan Liga Super. Masalah sekarang ialah sejauh mana pihak pengurusan melihat kemampuan pemain yang sedia ada dengan memilih barisan terbaik untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama bagi baki perlawanan.

“Keyakinan saya semakin mendalam apabila melihat kehadiran pemain muda yang pastinya cukup berguna buat pasukan kerena mereka boleh membantu sama ada dalam situasi bertahan mahupun menyerang,” katanya yang terkenal dengan panggilan mesra Nad.

Kata Natrah, walaupun ramai penyokong sudah hilang semangat dan berputus asa, dia masih lagi kekal dengan pendirian bahawa pemain Pulau Pinang masih mempunyai semangat untuk melakukan sesuatu yang mustahil agar kekal bersaing dalam Liga Super musim depan.

“Saya masih lagi tenang dan menyokong Pulau Pinang, tambahan pula dengan kehadiran dua tonggak muda, S Kumaahran dan Syamer Kutty Abba yang beraksi bersama skuad Sukan SEA baru-baru ini. Mereka bermain bersama skuad Bawah 22 Tahun (B-22) tapi cara mereka sudah setaraf pemain senior,” katanya.

Ditanya mengenai idolanya sepanjan zaman bagi skuad Pulau Pinang, bekas import dari Maghribi, Merzagua Abderrazak adalah pemain yang sangat dikaguminy­a.

“Merzagua adalah idola saya sepanjang zaman. Bagi saya dia adalah wira yang saya sangat kagumi dan semua orang sudah tahu akan kehebatann­ya. Ketika menjadi jurulatih dia berjaya membawa Pulau Pinang muncul juara Liga FAM seterusnya layak ke Liga Perdana,” katanya. tidak konsisten.

Bayangan orde baru bola sepak tempatan juga dahagakan saingan yang lebih jitu daripada dua lagi pasukan Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu.

Untuk ramai penyokong berkecuali gembira dan menantikan hasil pengurusan lebih teliti bola sepak Kelantan, khususnya aspek kewangan (gaji pemain) persatuan di bawah Presiden KAFA yang baru, Bibi Ramjani Ilias Khan.

Pasukan kelab seperti FELDA United dan PKNP FC juga ada peranan efektif dalam menentukan kualiti liga Malaysia dan orde baru bola sepak negara. Kekalahan 3-1 Felda di tangan PKNP pada suku akhir pertama minggu lalu juga menggambar­kan posisi yang sudadah berubah di antara pasukan Liga Super dan Liga Perdana itu.

Namun kita harap matlamat Bibi Ramjani serta penampilan pasukan kelab di Malaysia tulen dan kekal, tidak “hangathang­at tahi ayam” seperti sebelum ini.

Bercakap tentang orde baru dalam saingan bola sepak, saya masih teruja menyaksika­n Manchester United membenam

Everton 4-0 di Old

Trafford Ahad lalu. Terasa masih disuntik semangat sorakan penyokong Red Devils di Stretford End. Sesungguhn­ya United mampu kekal sebagai calon merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris

(EPL) dari Chelsea untuk musim 2017-18.

Namun, biarpun seronok mengikuti perkembang­an United dan EPL, tebal lagi keinginan saya untuk melihat pasukan atasan di Malaysia kekal dengan prestasi cemerlang di dalam dan luar padang...secara terancang dan konsisten! Jumpa lagi.

 ??  ?? NATRAH (dua dari kiri) sentiasa bersemanga­t memberi sokongan padu kepada pasukan Pulau Pinang.
NATRAH (dua dari kiri) sentiasa bersemanga­t memberi sokongan padu kepada pasukan Pulau Pinang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia